*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Sunday, February 28, 2010

pilihan

pilihan..
kita diberi akal untuk berfikir
kita diberi tangan untuk berdoa
kita diberi hati untuk bertawakkal


sejauh mana pilihan kita kerana Allah


aku selalu bermasalah bila terpaksa membuat pilihan
namun aku harapkan setiap keputusan yang aku buat adalah
di bawah pengawasan Allah

apa yang lebih perit tatkala aku terpaksa membuat pilihan
yang melibatkan ibu dan ayah

sewaktu sekolah rendah
aku 'dioffer' oleh ustaz
untuk lanjutkan pelajaran ke kltn
memang aku nak sangat
tapi, mak tak izin
tp, aku ok je
'offer' yang sama aku dapat
pada tahun seterusnya
baru aku tahu sebabnya
aku kan anak mak
mak taknak aku belajar jauh2
padahal aku selalu berangan2
dapat pergi jauh mcm kakak
bljr kat luar negeri
bila tak dapat,aku pun bertegas
untuk masuk ke sekolah pilihanku sdri
yang pasti, senang balik umah
hehe..

masuk pulak skulah menengah
dengan azam yang sama..
nak belajar jauh2
konon nak ke obersea
belajar kat luar negara
namun sudah takdirku
destinasi seterusnya
bukan di luar negara
masalah kewangan
kalau aku bertegas
pastinya ibu dan ayah yang perit
2 anak terpaksa ditanggung serentak
aku pun mengalah
redha dgn ketetapan Allah
pilihan??
semestinya pilihan ibu
pilihan ibu membawa berkat
aku bahagia..destinasi seterusnya
bukan hanya dalam negara
malah dalam negeri

alam universitiku
tetap dalam negeri
pilihan ibu membawa berkat
apa lagi...
peluang yang ada takkan kulepaskan
aku terima pilihan ibu
tapi, yang pasti izinkan aku balik selalu
ibu senyum ja
so, asal ada ja peluang balik rumah
pasti ada yang cemburu
terutamanya kakak2ku
tatkala telefon rumah diangkat
balik2 suara yang sama
biasa la..
anak mak..

hehe..setelah 3 kali berturut2
tibalah pula alam pekerjaan
alam yang pada pandangan sesetengah pihak
kita boleh buat keputusan sendiri
tapi bagiku
tak mungkin aku ketepikan pendapat ibu ayah
setelah 2otahun aku ditatang bagai minyak yg penuh
tapi kali ni terbalik
mak dan ayah dah setuju
masing2 sepakat izinkan aku bekerja di luar negeri
aku pulak yang taknak ke luar
dah biasa 'melekat' di rumah
tiba2 nak berpisah jauh..
uish..berat2..
tak mungkin..
aku suarakan keinginanku
aku nak kerja di luar daerah ja
hehe..
walaupun di alam pekerjaan
rumah tetap dalam ingatan
tak biasa aku berpisah
dengan insan yang amatku sayang


seterusnya
aku memilih untuk teruskan pengajianku
status pelajar yang amat aku rindui
aku kini di aliran yang pernah di'offer' ustazku
suau masa dulu
aliran yang sama
bezanya taraf pengajian
yang penting
dalam negeri
macam biasa..
bila2 saja boleh balik rumah
yang paling dashat
kalau tak balik dalam seminggu
rasa macam nak demam pun ada..
hehe..

ini baru dikatakan anak manja
aku bangga menjadi anak manja
sementara masih ada peluang
aku ingin bermanja sepuasnya
dengan 2 insan yang telah mengorbankan
kegembiraan sendiri untuk kegembiraan
permata hati mereka

aku harap aku dapat menjadi permata yang paling bekilau
di antara permata2 yang bercahaya di istana bahgia
hasil titik peluh ayah dan ibu

alam seterusnya
tak dapat aku bayangkan
yaitu alam perkahwinan
aku tak tahu nak buat keputusan
ini adalah keputusan yang paling sukar
tak dapat kubayangkan
tinggal di rumah orang
sedangkan ibu dan ayah sunyi di rumah
YA ALLAH..
inilah pilihan ang paling sukar
walaupun naluri itu ada
kerna ianya fitrah manusia
namun, terasa berat untuk aku luahkan
apa yang terbuku di hati
bercampur dengan perasaan malu
yang tak dapat dikenalpasti ketebalannya
hehehe....

akhirnya..
pilihanku adalah pilihan ibu dan ayah
kalau mak dan ayah rasa anak ini
sudah lama menjadi beban
aku redha
yang pasti
siapa saja aku redha
asalkan ibu dan ayah suka
cuma..
masihkah ada peluang untuk aku
pulang ke rumah
menjadi anak manja
title anak manja
yang menjadi kebanggaanku selama ini

WALLAHU A'LAM
Allah lebih tahu
kita hanya merancang
Allah jua yang menentukan segalanya

walau apa pun pilihanku..
semuanya hanya sementara
apa yang aku nantikan adalah alam abadi
alam yang tiada tandingan
yang selama ini ku cari
jika ini juga diberi pilihan
insyaAllah aku takkan ragu2 untuk membuat pilihan
tapi keputusan Allah yang terbaik
aku redha dengan segala aturannya

sahabat,

andai aku dipilih untuk menemuinya

doakan aku

aku rindukanNya

mungkin itu yang terbaik....

aku pasti...

selamat tinggal sahabat...

maafkan daku andai sepanjang perkenalan kita

ada yang terguris

tapi belum sempat aku ucap kata maaf

terima kasih sahabat


pilihan..
pilihlah kerana Allah
utamakan ibu ayah

"sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih bahagia bagi mereka yang beriman dan bertaqwa"

No comments: