*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Friday, April 1, 2011

bahagia

kebahagiaan sebenar adalah lahir dari hati yang bahagia
kebahagiaan tu akan terpancar di wajah
makanya jadilah insan yang paling bahagia
bila kita bahagia, insan-insan di sekeliling kita akan turut bahagia
bagaimana kebahagiaan tu dapat dikecapi?
kunci utama kebahagiaan adalah "ISTIGHFAR"
istighfar adalah antara kita dengan Allah
manakala MAAF pula antara sesama kita
so..
fikir2kan... ;)

Saturday, March 26, 2011

ujian

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji? dan sungguh, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta." (al-'Ankabut 2-3)


**SUBHANALLAH..cukuplah hanya Allah sahaja yang tahu betapa terseksanya saat diuji... itu dan ini...pelbagai situasi perlu dihadapi... ALHAMDULILLAH...betapa nikmatnya setelah ujian-ujian itu berjaya diharungi...**

ALHAMDULILLAH..setiap hambaNya pasti akan diuji.namun aku bukanlah seperti insan yang lain..tabah harungi segala cabaran dan dugaan..

aku hanyalah insan kerdil..tak mampu hadapi rintangan dengan hati yang tabah..
teruk sungguh..tapi inilah pengalaman yang amat berharga..Allah Maha Hebat! aku terpaksa dibantu oleh insan-insan di sekelilingku untuk melaksanakan amanah yang ditaklifkan atas diriku...tatkala semua ujian ini berlalu, malu rasanya pada sahabat2...aku tak terdaya laksanakan misi sendiri..namun, aku bersyukur kerana ditempatkan di tempat yang barakah...tempat yang mana insan-insan yang hebat cintanya padaMU YA ALLAH... malu rasanya berdiri seiring dengan mereka..namun, benarlah sabda junjungan... kalau kita dekat dengan orang yang pakai minyak wangi, insyaAllah wangian tu akan berbekas pada diri/pakaian kita..inilah yang terjadi pada diriku...Allah tempatkan aku di tempat orang hebat..aku mendapat tempias semangat perjuangan itu...nasihat dari semua orang yang aku kenal atau tidak, baru berjumpa atau dah lama kenal..semuanya menasihatiku semata-mata kerana Allah... masyaAllah..hebatnya kasihMu ya Allah... andai diminta aku membalas segala jasa kalian, nescaya hingga ke hujung nyawa, belum tentu dapat dilaksanakan...hanya Allah sahajalah yang selayaknya membalas budi baik kalian.. terima kasih tidak terhingga buat semua sahabat-sahabat yang membantu dan sentiasa mendoakan diri ini... semoga Allah memberkati dan melimpahkan rahmatNya kepada kita semua dengan kasih sayangNya...insyaAllah