*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Friday, October 29, 2010

Taqwa

19 August 2009 Taqwa *
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .

~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)

~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)

~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)

Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucuikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".

Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".

"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."
*
Di petik dari : http://www.geocities.com/Heartland/Ranch/6736/taqwa.html

Muslimah Best!

Beruntungnya menjadi wanita Islam!

by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, October 27, 2010 at 3:31pm

ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA

Mengutamakan ibu ke atas bapa.

Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”

Baginda menjawab, “Ibumu!”

Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.

“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.

Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.

“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)

Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.

“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)

Hak wanita diiktiraf.

Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”

sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info

Wednesday, October 27, 2010

Tuesday, October 26, 2010

penceramah

Saya ingin menasihati saudara agar mengambil ilmu dari pelbagai sumber dan penceramah. Namun sdr perlu melihat latarbelakang penceramah tersebut dan jangan hanya terikut-ikut dengan populariti seseorang.
Terdapat ramai penceramah dan ilmuan yang tidak popular di sisi masyarakat namun mampu memberikan ilmu yang amat mantap dan baik kepada pendengarnya.
Terdapat juga penceramah yang tidak begitu mahir dalam menyusun ayat-ayat atau menyelitkan lawak-lawak jenaka, namun isi kuliahnya adalah amat cemerlang.
Justeru, pelbagaikanlah dan janganlah terhenti hanya kepada penceramah satu aliran. Nilailah setiap ceramah dari mereka yang pakar dengan adil. Buangkan isi-isi hodoh yang diungkapkannya, campakkan sikap memaki dan merendah jika ada terselit dalam ceramah mereka. Cukuplah manfaatkan yang baik darinya. Lihatlah kepada positifnya berbanding yang negatifnya. Janganlah merasa pelik dengan sikap sebahagian penceramah yang kelihatan bukan dari akhlak Islam, ini adalah kerana mereka juga manusia biasa yang punyai kelemahan dan dosa. Manfaatkan yang positif, buangkan yang buruk.
Firman Allah SWT :-
الَّذِينَ يَسْتَمِعُونَ الْقَوْلَ فَيَتَّبِعُونَ أَحْسَنَهُ أُوْلَئِكَ الَّذِينَ هَدَاهُمُ اللَّهُ وَأُوْلَئِكَ هُمْ أُوْلُوا الْأَلْبَابِ

Ertinya : yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka itulah orang-orang yang mempunyai akal ( Az-Zumar : 18)
Adapun soalan sdr berkaitan beberapa displin menerima kandungan ceramah :-
1) Semak latar belakang penceramah dan kenali bidang apakah kepakaran beliau. Imam Malik Bin Anas berkata :
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذون
Ertinya : " Sesungguhnya pengambilan ilmu ini adalah agama, maka telitilah dari mana kamu ambilinya (ilmu) agamamu " ( Siyar A'lam An-Nubala, 5/343)

2) Dapatkan komen dari ilmuan lain yang tidak ‘memusuhi' penceramah yang anda ingin dengarinya. Ia penting untuk mendapatkan gambaran akan siapakah ia dan sejauh manakah info yang disampaikannya boleh diterima pakai.
3) Mendengar dengan faham penerangan sehingga habis dan tidak memotong separuh-separuh kerana ia mungkin sahaja akan menyebabkan perkataan penceramah difahami di luar konteksnya. Petikan-petikan di youtube biasanya kurang dari 10 minit, justeru kemungkinan ia di luar konteks adalah wujud dan pelru berhati-hati mengambilnya.
4) Jangan ambil serius sebarang cercaan yang dilontarkan oleh penceramah kepada mana-mana tokoh dan individu lain. Kebanyakkannya dilontarkan secara tidak adil dan salah faham semata-mata.
5) Mendengar satu ceramah dari mula sehingga habis dalam satu masa. Jika anda mendengar sekerat dan sekerat, ia menjauhkan anda dari mendapat kefahaman bermanfaat dari ceramah tersebut.
6) Sebaiknya, dapatkan penceramah yang mampu mengutarakan isi yang disertai dengan ayat dan hadis secara nasnya. Ia adalah sebaik-baiknya kerana ia akan mendekatkan anda dengan sumber asas. Namun, mempunyai nas tidak semestinya intrepetasinya dan penggunaannya adalah betul dan tepat. Tidak dinafikan terdapat penceramah yang tidak membaca sebarang nas, tetapi semua kandungannya bertepatan dengan al-quran dan hadis. Kesimpulannya, kebijaksanaan anda dalam memilih adalah amat perlu dalam hal ini.
7) Setelah mendapat seusatu ilmu atau kesimpulan dari sesuatu ceramah, janganlah terlalu taksub atau ikut sehingga mengunci fikiran dan minda dari sebarang pandangan ilmuan lain yang berbeza.
8) Sampaikan ilmu yang diperolehi dengan amanah dan tidak mengubah suainya sesuka hati serta menisbahkannya kepada penceramah asal. Ia dengan mudah boleh mengakibatkan salah faham dan kesan buruk kepada penceramah asal. Banyak terjadi, sesuatu dakwaan dinisbahkan kepadanya sedangkan ia adalah hasil ubahsuai pendengar atau anak muridnya.
Saya merasakan itulah sahaja yang sempat untuk saya kongsikan bagi menjawab soalan ini. Semoga ada manfaatnya.
Akhirnya, berkenaan ceramah saya, terdapat satu web yang kelihatan menggabungkan penceramah pelbagai. Darinya saya petik yang masukkan di web ini. Kemungkinan besar ia adalah hasil rakaman handphone akhi Saiful Bahri dan beberapa rakan lagi.



siri ceramah uzar



Berikut disertakan:-

001. Maulid Nabawi (Unsur Syirik Dalam Kehidupan)
April 2007, Precint 9, Putrajaya
http://www.mediafire.com/?lebgez91zy3

002. Rasulullah Pakar Ekonomi
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?em4414mmyxm

003. Penjelasan FOREX
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?z4tulsxagzz

004. Soal Jawab Pelbagai
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang
http://www.mediafire.com/?hxm8ax4jvjz

005. Pelaburan Internet
10/4/2007, Surau Damai, Jalan 2, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?1gegdvmwd99

006. Halal & Haram (Aurat)
20/4/2007, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara
http://www.mediafire.com/?oldmjiigggm

007. Usul Fiqh (Isu Semasa)
1/5/2007, USJ12
http://www.mediafire.com/?jryimbttxzm

008. Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?ipsovmte1jm

009. Soal Jawab Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?zep40gqowzi

010. Muamalah & Isu Semasa
3/5/2007, Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam
http://www.mediafire.com/?mmgjylmkgst

011. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/5/2007, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b

012. Halal & Haram (Bab Nafsu)
25/5/2007, Masjid Saidina Umar, Damansara
http://www.mediafire.com/?stl3ydgmrh9

013. Pelaburan Haram (Riba)
26/5/2007, Surau Telok Menegon, Klang
http://www.mediafire.com/?9xavqdd1vy9

014. Halal & Haram Pelaburan Saham
9/6/2007, Surau Al-Firdaus, Bandar Sri Permaisuri
http://www.mediafire.com/?imuqfmmnbt5

015. Hak Sesama Manusia
24/6/2007, Masjid Al-Mujahidin, Damansara Utama
http://www.mediafire.com/?bmlmzn3n9tz

016. Mencari Pendapatan Halal
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?s1n4tx1sezq

017. Kaedah & Hukum Jual Beli
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?oj8bmevvbny

018. Halal & Haram (Syubhah)
20/7/2007, Surau Al Furqan, Bandar Baru Selayang
http://www.mediafire.com/?0zjvyxugn1l

019. Usul Fiqh (Mazhab Sahabat)
30/7/2007, Surau Al Muttaqun, USJ12
http://www.mediafire.com/?gfl1mmzw2v3

020. Israk Miraj
2007, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS)
http://www.mediafire.com/?4xinhilmnms

021. Ceramah Muamalat (Mudharabah & Musyarakah)
18/12/2007, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tyngdsn9syn

022. Pembentangan Kertas Kerja Muamalah
29/12/2007, Multaqa Ulama Muda, Darul Fuqaha
http://www.mediafire.com/?y9bc41bg4cm

023. Pengajaran Hijrah
11/1/2008, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara
http://www.mediafire.com/?cmhclai1otg

024. Pendapatan & Ekonomi Islam
12/1/2008, Bangunan MAS, KLIA, Sepang
http://www.mediafire.com/?9nvcmvxn14v

025. Ceramah Muamalat (FOREX & Leverage)
13/1/2008, Surau Mustaqimah, Cheras
http://www.mediafire.com/?2iz2dddjbm4

026. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/1/2008, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya
http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b

027. Ceramah Kewangan Islam (Riba, Takaful, Bank Islam, Hedging)
24/1/2008, Fakulti Ekonomi, UKM
http://www.mediafire.com/?yuqyx5j9ucm

028. Forum Ad-Deen (Zakat Jana Ummah Cemerlang)
2/2/2008, Masjid Puchong
http://www.mediafire.com/?swtuhphbxm9

029. Pembiayaan Rumah Cara Islam Bai Bithaman Ajil (Komen ASB bersama Dr Haron Din)
19/2/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tntzxwoww2j

030. Hubungan Perkahwinan
22/2/2008, Masjid Saidina Umar, Damansara Heights
http://www.mediafire.com/?2lbmth3ud0n

031. Rasuah Konteks Semasa
18/3/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi
http://www.mediafire.com/?tujyhmdjmew

032. Maulidur Rasul
21/3/2008, Surau Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam
http://www.mediafire.com/?03ojgtagmy1

033. Ceramah Khas Maulidur Rasul
22/3/2008, Dataran Perumahan Daisy, Taman Subang Perdana
http://www.mediafire.com/?kiwinzmwm4e






here are the lyrics: shakautu ila Waki` su'a hifdhi wa arshada-ni an tark al-ma`asi wa akhbara-ni bi anna ilman nur wa nur Allah la yu`ta al-`as The great Imam ash-Shafi', he went to his teacher Waki` Complaining about the weakness of his memory. He told him, 'abandon rebellion, for knowledge is a light And the light of Allah is not bestowed upon a rebel.'
www.zaharuddin.net
19 Ogos 2008

bahana nafsu!!! part 2

Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

nyalaannafsu.jpg



bagaimana nak menghentikannya untuk selamanya dan bagaimana untuk dapatkan taubat sebenar-benarnya? Itu yang ustaz perlu ajar pada kami yang lemah ini semua.
Jika tuan ustaz dapat beri jawapan, saya dan mereka yang lemah ini pasti peroleh hidayat dan tuan ustaz pasti akan dapat keredhaan diatas ilmu tuan ustaz. Seterusnya tidak dipersoalkan di mashyar kelak. Akhirnya,ustaz dan kami semua insyallah dipermudahkan utk ke syurga, mohon ihsan ustaz untuk memberi penjelasan. Jazzakallah..wssalam.

Jawapan
Sifat nafsu amarah memang sentiasa mengajak kepada dosa.
Kegagalan pengawalan nafsu syahwat bagi majoriti manusia adalah lumrah, manakala sebahagian yang lain mampu mengekang nafusnya hasil mujahadah (usaha tungkus lumus) luar dan dalam. Namun demikian, adakalanya mereka yang mampu mengawal juga mungkin tertewas.
Allah swt sendiri menyebut perihal kegagalan manusia dalam mengekang nafsu, sebagai contoh dalam ayat :-
أُحِلَّ لَكُمْ لَيْلَةَ الصِّيَامِ الرَّفَثُ إِلَى نِسَآئِكُمْ هُنَّ لِبَاسٌ لَّكُمْ وَأَنتُمْ لِبَاسٌ لَّهُنَّ عَلِمَ اللّهُ أَنَّكُمْ كُنتُمْ تَخْتانُونَ أَنفُسَكُمْ فَتَابَ عَلَيْكُمْ وَعَفَا عَنكُمْ
Ertinya :
Dihalalkan bagi kamu pada malam hari bulan Puasa bercampur dengan istri-istri kamu; mereka itu adalah pakaian bagimu, dan kamu pun adalah pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahwasanya kamu tidak dapat menahan nafsumu, karena itu Allah mengampuni kamu dan memberi maaf kepadamu..." (Al-Baqarah : 187)
Melalui ayat ini, sebahagian umat Islam gagal mengikat nafsu syahwat kelaminnya, hingga ‘bersama' isterinya di siang hari Ramadhan. Dengan segala kelemahan manusia, Allah swt membenarkan suami isteri untuk bersama di malam hari Ramadhan, Namun, itu pun masih ramai yang terlepas melakukannya di siang hari, maka Islam menetapkan cara dendanya bagi menebus kesalahan tersebut.
Kifarah adalah satu bentuk denda dan taubat yang diarahkan oleh Allah memberi indikasi, taubat yang ikhlas dan bersungguh pasti diterima Allah swt. Manusia akan melakukan kesalahan dan taubat adalah jalannya apabila telah terlanjur. Cara untuk taubat, sila rujuk beberapa jawapan saya sebelum ini (rujuk ketiga-tiga artikel di www.zaharuddin.net) :-
  1. · Zuriat dan keluarga zina
  2. · Gadis Hampir terlanjur
  3. · Lelaki telah terlanjur
Allah swt juga menegaskan :-
إِنَّ النَّفْسَ لأَمَّارَةٌ بِالسُّوءِ إِلاَّ مَا رَحِمَ رَبِّيَ إِنَّ رَبِّي غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Ertinya : Sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Yusuf : 53)
BAGAIMANA MENGEKANG NAFSU ?
Ringkasnya, saya ingin mengingatkan yang bertanya dan kita semua bahawa tugas mengekang dan melawan kehendak nafsu syahwat sememangnya bukan tugas yang mudah. Itulah sifat sebuah peperiksaan penting lagi besar, kehidupan dan cabaran yang diberikan oleh Allah swt semuanya adalah peperiksaan untuk menapis antara mereka yang bersungguh, ikhlas dan beriman dan yang kurang dan tidak beriman?. Bagi yang berjaya, tempatnya amat hebat di Syurga Allah swt.
Justeru, kita tida perlu mengeluh dan hairan dengan ketagihan nafsu, kedegilannya, kesukaran menanganinya dan mengawalnya.
Apa yang perlu adalah : -
  1. Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
  2. Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
  3. Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
Kesimpulannya, proses ini memerlukan kepada pantang larang dan kemestian. Ada yang pelru pantang dan ada yang perlu dibuat. Ia proses sunnatullah untuk segala jenis penyembuhan sama ada hati dan iman yang berbentuk spiritual dan juga tubuh fizikal.
Seperti menangani, penyakit kencing manis dari sudut konsepnya.
Pesakit kencing manis akan menghadapi cabaran mengawal nafsu makan yang tinggi, dia terhalang dari menikmati juadah lazat-lazat. Pantang ini dilaksanakan dengan keterpaksaan, bukan?. Keterpaksaan itulah satu mujahadah. Cuba fikirkan, bagaimana pantang ini akhirnya mampu didisplinkan?, Itulah salah satu jalan permulaan.
Pesakit kencing manis serius ini hanya akan mampu mengawal nafsu makannya jika dia punyai keyakinan dan kefahaman terhadap akibat buruk melanggarinya.
Dia juga boleh mengawalnya hasil kehendak dalaman dirinya sendiri, didasari oleh kefahaman jitu tentang implaksi dan keburukan yang akan melandanya jika gagal mengawal nafsu makannya.
Bagi nafsu syahwat seks 'gelap' pula, kekuatan iman perlu dipasak awal, kita perlu yakin dan faham akibat buruk yang menunggu akibat darinya seperti :
  1. azab api neraka,
  2. azab kubur,
  3. mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
  4. kejauhan dari rahmat Allah swt serta
  5. tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
  6. dan lain-lainnya.
Memang benar, implikasi buruk ini semuanya berupa hal-hal ghaib, namun bukan itu sahaja, terdapat banyak pula implikasi buruk di dunia yang mesti disenaraikan di dalam minda dan hati seperti:-
  1. penceraian akan berlaku akibatnya,
  2. pasangan zina mengandung,
  3. bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
  4. mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
  5. apa akan jadi kepada anak-anak ?,
  6. kejian masyarakat,
  7. ditangkap basah dan diumum di media,
  8. adik beradik mengeji,
  9. akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
  10. dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
  11. dan banyak lagi boleh disenaraikan.
Pasakkan semua implikasi negatif berbentuk spiritual (ghaib) dan fizikal ini di dalam minda setiap kali nafsu syahwat itu ingin dituruti atau mempengaruhi, harapannya ia nyalaannya akan mengecil.
Sehubungan itu, tentulah proses pertama untuk mengekang nafsu syahwat seks 'gelap' ini adalah dengan meningkatkan ilmu dan keyakinan terhadap kedua-dua ilmu, ghaib dan fizikal, iaitu kesan buruknya. InshaAllah ia akan mampu menjadi pendinding awal sebelum berlakunya dosa dorongan syahwat nafsu itu.
ORANG BERILMU JUGA RAMAI YANG MENYELEWENG?
Tidak dinafikan, ramai juga orang yang sudah punyai ilmu tetapi masih jatuh dan terlanjur melakukan maksiat berupa ini, sama ada serius atau tidak, besar dan kecil.
Tatkala itu, datanglah fungsi taubat yang disebut oleh Allah swt di atas, berbekalkan kefahaman dan asas yang sudah ada, usaha mengukuh dan menyuburkannya lebih mudah daripada individu yang tiada asas dan pasak yang kukuh.
Kerana itu, binalah pasak dan akar iman dan ilmu dengan segera terlebih dahulu, tanpanya, sebarang perubahan kepada kebaikan akan terbantut di suku perjalanan dan amat mudah terseleweng akibat gangguan lain di pertengahannya.
SENARAI ‘YANG JANGAN' DAN ‘YANG PERLU' UNTUK TINDAKAN
Sebagai kesimpulan, sebagai tambahan kepada penjelasan di atas, disertakan beberapa cara, usaha, kaedah dan jalan untuk mengawal nafsu syahwat secara ringkas dan padat (tidak mengikut aturan tertib) :-

  1. Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
  1. Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
  1. Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
  1. Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
  1. Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
  1. Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
  1. Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
  1. Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
  1. Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
  1. Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
  1. Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
  1. Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
  1. Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
  1. Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
  1. Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
  1. Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-

وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينٌ
Ertinya : Dan janganlah kamu menuruti langkah-langkah Syaitan, sesungguhnya dia adalah musuh kamu yang amat jelas ( Al-Baqarah : 168 )


  1. Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
  1. Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
  1. Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
  1. Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَاوَاتُ وَالأَرْضُ أُعِدِّتْ لِلْمُتَّقِينَ
Ertinya : dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan syurga yang terbentang seluas langit dan bumi, disediakan bagi orang bertaqwa ( Al-Imran )

Demikian beberapa cara, usaha dan kaedah yang mampu saya senaraikan demi membantu sesiapa sahaja untuk mengawal dan mengekang nafsu. Sekali nafsu sudah merasuk hati dan aqal, seseorang individu akan lupa hakikat sebenar dan ditipu oleh kenikmatan sementara. Lupa kepada keburukan kekal yang menanti. Sama-sama kita ingat-mengingati. Akhirnya Allah berfirman :-
قَدْ أَفْلَحَ مَن زَكَّاهَا * وَقَدْ خَابَ مَن دَسَّاهَا
Ertinya : Telah berjayalah orang yang membersihkan hatinya dan telah rugilah mereka yang mengotorkannya (Al-Shams : 9-10)

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
29 Julai 2009