*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Saturday, February 8, 2014

still waiting you

tadaa...hehe..english style pulak..
tapi yang ni banyak sangat idea..
macam2 rasa.
ermm rasa macam...
-nak cerita tentang kisah suami isteri yang dipilih/memilih berlandaskan 'agama'

...namun persoalannya, adakah salah seorang akan memilih jalan untuk berpisah andai agama itu hilang seperti kata2 yang pernah penulis baca 'andai hilang agama darimu, maka hilanglah cintaku padamu'..
kalau macam ni, tiba2 penulis rasa musykil, di mana letaknya konsep dakwah itu? adakah perlu dibiarkan pasangannya hanyut begitu sahaja atau ditarik kembali secara keras/perlahan, lembut/drastik...atau apa sahaja cara sekalipun..namun apa yang telah ditakdirkan Allah memang tidak mampu disangkal tatkala Allah berkata 'kun fayakun'....
...akan tetapi, bukankah semua yang berlaku itu sekadar ujian semata? penulis pernah terbaca beberapa kisah suami isteri yang diuji...apa yang penulis temui, jawapannya begini..'kami telah bersabar bertahun2 lamanya, kini alhamdulillah kami kembali bahagia malah semakin bahagia dan gembira'. jawapan itu turut ditambah 'andai kami memilih jalan lain, tidak mustahil kami akan diuji lagi, samada sedemikian rupa juga atau mungkin lebih teruk, andai kami tidak bersabar, nescaya natijahnya mungkin juga tetap sama.'..

sebenarnya, apa sahaja yang berlaku telah tertulis di dalam 'lauhul mahfuz' (mohon betulkan jika silap eja), setahu penulis, kita cuma diuji bagaimana untuk menghadapi situasi2 yang telah, sedang dan bakal kita tempuhi sahaja, seperti ujian melakonkan watak mengikut arahan dan situasi yang diberi, akhir sekali kita akan dinilai dari segi cara penampilan, sesuai atau tidak, gaya bahasa yang digunakan, betul atau tidak, bezanya...semua itu hanyalah lakonan, sedangkan hakikatnya kita telah, sedang dan akan menghadapi semua itu secara realiti samada sedar atau tidak. apakah kita sudah sedia?adakah semua strategi akan dilaksanakan seperti yang dirancang? apa perlu kita bertindak seperti salafussoleh terdahulu dan ulama' serta insan soleh zaman sekarang? persoalannya, adakah kita akan sentiasa 'kebal' menghadapi semua itu?

hurm..ayuh kita fikir2kan sejenak..sejak sekian lama penulis menulis dan saling bertukar nasihat, ada satu ayat yang masih menggetarkan jiwa di lubuk sanubari hati penulis, berbunyi 'kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan".. Allahurabbi.. adakala penulis mahu sahaja larikan diri dari terlibat dari semua ini kerana bimbang tidak mampu menempuh semua dugaan/ujian yang bakal ditempuh kerana penulis arif benar dengan diri yang serba kekurangan dari segala segi, namun kerana kasih dan cintakan kekasih Allah, Rasul junjungan kita yang mulia, penulis seolah2 tidak mampu melarikan diri, seolah2 telah terikat rapi dengan simpulan yang mustahil untuk dibuka..andai benar begitu, alhamdulillah..penulis amat bersyukur kerana terpilih/dipilih untuk berada di jalan-NYA. namun, penulis masih malu dan bimbang, apa yang penulis utarakan, hanyalah sekadar cebisan ilmu yang penulis dapat sepanjang penulis diberi keizinan meminjam tubuh/anggota yang ada, dan menghirup udara/oksigen untuk terus bernafas di bumi-NYA, 'Rasulullah juga pernah menasihatkan supaya kita berwaspada tatkala menyebut kita cinta dan kasih kepadanya'...ya Allah, mudah2an Kau lindungi kami dan pelihara setiap detik, setiap saat walau sebesar zarah sekalipun perkara2 yang kami lakukan, Kau bimbinglah kami, tariklah kami, paksalah kami, agar kami terus menerus mentaati-MU dalam setiap hela nafas yang kami hirup di bumi-MU ya ALLAH.... astaghfirullahaha'zim...ya Rabbi..ya Rabbana..

abes, apa kaitan dengan tajuk nie..hehe..
macam dah jauh beterbangan je..
macam zarah pulak..hehe
tapi, bila kita pusing2 balik, 
sebenarnya, Allah tak pernah pandang rendah pada kita..
sebab tu Allah sentiasa tunggu kita...
'stll waiting you'
'you' itu untuk sesiapa yang dirinya ingin dicintai, disayangi..yang paling penting dipandang Allah...
moga kita bertahan, berjuang, bertungkus lumus, bermati-matian menunggu, mencari, dan mengharap untuk berjumpa dengan-NYA...
moga mendapat izin-NYA..
insyaAllah....

-SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ESA, 
TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH'

Allahu A'lam

dramacina

siapa yang pertama?
baru-baru ni, ada kisah dramacina
tentang pasangan yang bercinta selepas kahwin
perkahwinan mereka dipercepatkan atas alasan tiada masa untuk bercinta
masing2 perlu menjaga ayah dan ibu mereka yang sedang sakit

alkisahnya...
si isteri hanya ada ibu
si suami pula hanya ada bapa
mungkin peminat drama cina boleh tahu tajuk drama ni
saat mereka meniti bibit2 percintaan selepas berkahwin
dalam perjalanan pulang sambil menaiki motosikal,
si isteri bertanya kepada suaminya,
ayat versi melayu...

isteri: 'awak, siapa yang lebih awak sayang?saya atau ayah awak?'
suami: 'mestilah saya sayang kedua-duanya'
isteri: 'awak...'
suami: 'saya tahu awak nak tanya apa, mesti awak nak tanya, kalau awak dan ayah jatuh ke laut, siapa yang akan awak selamatkan dahulu, kan?..sudah pastinya saya akan selamatkan ayah dahulu...'
isteri: '....'
suami: 'lepas tu saya akan selamatkan awak, dan kita terus sama2 cari raja laut'
suami & isteri: ketawa bersama
isteri: 'jawapan awak tidak adil'

sedutan berikutnya...
tiba2 ibu mereka mengalami trauma dan kemurungan kerana termakan kata2 yang dinasihati oleh sahabat si isteri berikutan kongkongan yang melampau membuatkan perbuatannya boleh menyukarkan pergerakan anaknya (si isteri) untuk bersosial dengan kawan dan tiada masa untuk bergaul dengan suaminya kerana si ibu sentiasa menjadi keutamaan si anak
maka..

suami: 'biar saya temankan awak jaga mak ya'
isteri: 'tak perlu, biar saya temankan mak seorang diri'
suami: 'alaa..biarla saya teman sama2'
isteri: 'saya betul2 nak bersendirian..awak balik la dulu'
suami: dengan muka sayu dan mata yang berair, dia pun berlalu pergi, kemudian menoleh kembali kepada isterinya dengan mata yang berlingan air mata, si suami bertanya kepada isterinya..'awak, saya nak tanya awak soalan yang awak tanya pada saya hari tu, kalau saya dan mak jatuh ke dalam laut, siapa yang akan awak selamatkan dahulu?'
isteri: 'maaf awak, saya tidak boleh jawab solan tu. tapi, apa yang saya tahu sekarang, mak amat perlukan saya'
suami: si suami pun berlalu pulang sendirian dengan hati yang hiba dan berair mata...

sedutan terakhir utk kisah di blog ini..
arakian merajuklah kedua2 insan yang bergelar anak taat ini..
si suami menghantar sejambak bunga pada si isteri, kemudian si suami terus menemani ayah mereka yang kebetulan dimasukkan ke wad sebagaimana ibu mereka juga..tatkala pulang, isteri yang ditemani kaklongnya berkongsi masalah si adik (si isteri). kak long menegur adiknya sebelum mengetahui masalah yang berlaku antara kedua adiknya itu (si isteri dan si suami)..

kak long: 'kenapa tidak dimasukkan sahaja bunga itu ke dalam pasu? lihat, bunga ini sudah hampir layu'
adik: 'biarkan sahaja kak long, lambat laut ia tetap akan layu'
kak long: 'kasihan suami kamu, adik'
adik: 'tidak mengapa kak long, hubungan kami pun ibarat bunga ini, sudah tiada harapan untuk terus segar. dahulunya kami berada di sampan yang berbeza, dan kedua2 sampan itu terdapat lubang di tengahnya. kini, kami berada di sampan yang sama, namun lubang itu lebih besar, dan kami sudah tiada harapan lagi, ibarat berada ditengah lautan, tanpa kelihatan pulau di sekeliling dan tiada orang lain melainkan kami berdua di situ'
kak long: 'adik, apa yang berlaku?'
adik: 'entahlah kak long...'
kak long: 'kamu tidak boleh berpuus asa begitu sahaja, dulu kamu sorang yang sangat tabah, mengapa tiba2 sahaja kamu begitu cepat berputus asa?'
adik: 'kak long, saya nak keluar dulu'
kak long: 'adik, nanti balik makan bersama ya, kak masakkan kari ayam'
adik: '=)'
kak long: selepas itu, kak long terus menghubungi suami adiknya dan mengajaknya untuk makan bersama2 di rumah adiknya, dan persetujuan dicapai untuk berbaik semula. 'adik (si isteri), kak long dah jemput suami adik makan bersama, dia berjanji akan memujuk adik nanti'
adik: 'ya ka?penat sahaja saya pilihkan hadiah untuknya'
kakak: 'cewah adik ni, mulut cakap lain, tapi hati kata lain. apa lagi, cepatla pergi bersiap'
adik: 'untuk apa?' dengan wajah yang girang, si adik terus pergi ke biliknya.
sampai saat yang dinanti...

tiba2 ayah mereka mengalami masalah kaki akibat luka lama, justeru si ayah berasa bimbang yang teramat
kringg..kring..

isteri: 'pasti suami saya yang telefon, biar saya jawab'. terang si adik kepada ibu dan kak longnya. 'awak, kenapa tak sampai lagi, dah sampai masa makan, kami semua sedang tunggu awak'
suami: 'awak,saya minta maaf, keadaan ayah agak membimbangkan, saya nak temankan ayah, awak marahkan saya?'
isteri: 'tidak, saya tidak marahkan awak. awak jangan lupa makan ya'
suami: 'saya tidak mahu makan, ayah tiada selera makan, saya pun tidak ada selera makan juga setelah melihat ayah begitu'
isteri: 'baiklah kalau begitu, awak jaga diri ya'

keesokan paginya, si isteri pergi ke hospital membawa bekal untuk suami dan ayah mertuanya..setelah memujuk ayah mertuanya untuk meminum sup yang direneh khusus untuk penyakit ayah mertuanya itu, dia pun berjalan pulang ke rumahnya.

tiba-tiba dia terdengar pangilan dari seseorang..

suami: 'saayaaaang...saayaaaang....saayaaaangggg' sambil terjerit2 di dalam wad tersebut
isteri: menutup muka sambil berlalu buat2 tak dengar.
suami: 'kenapa elakkan diri dari abg? sayang marahkan abang lagi?'
isteri: 'kalau saya marah, takkan saya nak ke sini?malu la jerit2 panggil sayaang kat dalam hospital ni..ramai orang..'
suami: 'aalaaa, watpe nak malu? kan ke kite ni suami isteri. abang sayang kamu. terima kasih untuk hadiah tu. sebenarnya abang pun ada hadiah untuk sayang, biar abang pakaikan'...

-the end-


hehehe..berakhirlah dramacina utk hari ini sebagai pembuka selera tahun 2014 ini..

moral of the story;
1-siapa yang patut kita pilih dulu? dalam Islam, si suami perlu utamakan ibu dan bapanya, dan dalam masa yang sama dia perlu pastikan isterinya juga terselamat. bagaimana caranya?hehe..itu kena fikir sendiri sebab situasi dan kemampuan masing2 berbeza, cuma pada pendapat penulis, cara menyelamat juga boleh minta bantuan pihak ketiga@dikenali sebagai saudara mara, org kampung atau jiran, dan juga angota keselamatan yang berkaitan mengikut kes dan masalah masing2. dan dalam cerita ini, si suami telah memberi jawapan yang tepat, kerana sekalipun dia terkorban semasa menyelamatkan isterinya untuk mencari raja laut bersama2, sekurang2nya dia telah menjalankan tanggungjawabnya iaitu dia telah menyelamatkan bapanya.
2-manakala situasi seorang isteri pula, dia mesti menyelamatkan suaminya dahulu, kerana dalam Islam, suami adalah keutamaan baginya. dan setiap apa sahaja yang dilakukan oleh si isteri untuk suaminya, secara automatiknya kedua ibubapanya akan mendapat ganjaran secara automatik kerana ketaatannya terhadap suaminya itu di akhirat nanti.
3-hahahaa..apa2pun, kalau benda dah jadi, tiba2 ja panik, terus tunggang langgang. betul tak? yang paling dekat dan mudah diselamatkan la yang kita dahulukan, cuma kita minta Allah jauhkan bala dari kita dan dekatkan rahmat dan redhanya pada kita, itu ja yang mampu oleh kita yang hina ini. yang pasti, andai sesuatu itu telah ditakdirkan, tiada siapa yang boleh menghalang kehendak Allah melainkan mereka yang berebut2 mengejar kasih sayang Allah. ALLAH ITU MAHA BESAR, MAHA PENGAMPUN DAN MAHA PENYAYANG.


-kasih Allah tidah pernah bertepi, cuma kita jangan pernah berhenti mengharap hanya padaNYA-

ALLAHURABBI =)