*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Sunday, February 28, 2010

pilihan

pilihan..
kita diberi akal untuk berfikir
kita diberi tangan untuk berdoa
kita diberi hati untuk bertawakkal


sejauh mana pilihan kita kerana Allah


aku selalu bermasalah bila terpaksa membuat pilihan
namun aku harapkan setiap keputusan yang aku buat adalah
di bawah pengawasan Allah

apa yang lebih perit tatkala aku terpaksa membuat pilihan
yang melibatkan ibu dan ayah

sewaktu sekolah rendah
aku 'dioffer' oleh ustaz
untuk lanjutkan pelajaran ke kltn
memang aku nak sangat
tapi, mak tak izin
tp, aku ok je
'offer' yang sama aku dapat
pada tahun seterusnya
baru aku tahu sebabnya
aku kan anak mak
mak taknak aku belajar jauh2
padahal aku selalu berangan2
dapat pergi jauh mcm kakak
bljr kat luar negeri
bila tak dapat,aku pun bertegas
untuk masuk ke sekolah pilihanku sdri
yang pasti, senang balik umah
hehe..

masuk pulak skulah menengah
dengan azam yang sama..
nak belajar jauh2
konon nak ke obersea
belajar kat luar negara
namun sudah takdirku
destinasi seterusnya
bukan di luar negara
masalah kewangan
kalau aku bertegas
pastinya ibu dan ayah yang perit
2 anak terpaksa ditanggung serentak
aku pun mengalah
redha dgn ketetapan Allah
pilihan??
semestinya pilihan ibu
pilihan ibu membawa berkat
aku bahagia..destinasi seterusnya
bukan hanya dalam negara
malah dalam negeri

alam universitiku
tetap dalam negeri
pilihan ibu membawa berkat
apa lagi...
peluang yang ada takkan kulepaskan
aku terima pilihan ibu
tapi, yang pasti izinkan aku balik selalu
ibu senyum ja
so, asal ada ja peluang balik rumah
pasti ada yang cemburu
terutamanya kakak2ku
tatkala telefon rumah diangkat
balik2 suara yang sama
biasa la..
anak mak..

hehe..setelah 3 kali berturut2
tibalah pula alam pekerjaan
alam yang pada pandangan sesetengah pihak
kita boleh buat keputusan sendiri
tapi bagiku
tak mungkin aku ketepikan pendapat ibu ayah
setelah 2otahun aku ditatang bagai minyak yg penuh
tapi kali ni terbalik
mak dan ayah dah setuju
masing2 sepakat izinkan aku bekerja di luar negeri
aku pulak yang taknak ke luar
dah biasa 'melekat' di rumah
tiba2 nak berpisah jauh..
uish..berat2..
tak mungkin..
aku suarakan keinginanku
aku nak kerja di luar daerah ja
hehe..
walaupun di alam pekerjaan
rumah tetap dalam ingatan
tak biasa aku berpisah
dengan insan yang amatku sayang


seterusnya
aku memilih untuk teruskan pengajianku
status pelajar yang amat aku rindui
aku kini di aliran yang pernah di'offer' ustazku
suau masa dulu
aliran yang sama
bezanya taraf pengajian
yang penting
dalam negeri
macam biasa..
bila2 saja boleh balik rumah
yang paling dashat
kalau tak balik dalam seminggu
rasa macam nak demam pun ada..
hehe..

ini baru dikatakan anak manja
aku bangga menjadi anak manja
sementara masih ada peluang
aku ingin bermanja sepuasnya
dengan 2 insan yang telah mengorbankan
kegembiraan sendiri untuk kegembiraan
permata hati mereka

aku harap aku dapat menjadi permata yang paling bekilau
di antara permata2 yang bercahaya di istana bahgia
hasil titik peluh ayah dan ibu

alam seterusnya
tak dapat aku bayangkan
yaitu alam perkahwinan
aku tak tahu nak buat keputusan
ini adalah keputusan yang paling sukar
tak dapat kubayangkan
tinggal di rumah orang
sedangkan ibu dan ayah sunyi di rumah
YA ALLAH..
inilah pilihan ang paling sukar
walaupun naluri itu ada
kerna ianya fitrah manusia
namun, terasa berat untuk aku luahkan
apa yang terbuku di hati
bercampur dengan perasaan malu
yang tak dapat dikenalpasti ketebalannya
hehehe....

akhirnya..
pilihanku adalah pilihan ibu dan ayah
kalau mak dan ayah rasa anak ini
sudah lama menjadi beban
aku redha
yang pasti
siapa saja aku redha
asalkan ibu dan ayah suka
cuma..
masihkah ada peluang untuk aku
pulang ke rumah
menjadi anak manja
title anak manja
yang menjadi kebanggaanku selama ini

WALLAHU A'LAM
Allah lebih tahu
kita hanya merancang
Allah jua yang menentukan segalanya

walau apa pun pilihanku..
semuanya hanya sementara
apa yang aku nantikan adalah alam abadi
alam yang tiada tandingan
yang selama ini ku cari
jika ini juga diberi pilihan
insyaAllah aku takkan ragu2 untuk membuat pilihan
tapi keputusan Allah yang terbaik
aku redha dengan segala aturannya

sahabat,

andai aku dipilih untuk menemuinya

doakan aku

aku rindukanNya

mungkin itu yang terbaik....

aku pasti...

selamat tinggal sahabat...

maafkan daku andai sepanjang perkenalan kita

ada yang terguris

tapi belum sempat aku ucap kata maaf

terima kasih sahabat


pilihan..
pilihlah kerana Allah
utamakan ibu ayah

"sesungguhnya negeri Akhirat itu lebih bahagia bagi mereka yang beriman dan bertaqwa"

kehilangan

seumur hidup aku..
aku tak pernah diuji dengan "kehilangan"
yang aku tahu..
aku hanyalah seorang anak yang degil
begitu dahagakan ilmu

apa yang aku nak, semua boleh dapat
kalau tak dapat pun, aku pasti bertegas
kerana aku yakin apa yang aku inginkan itu
adalah sesuatu yang baik

hinggalah sekarang
aku bertegas untuk menuntut di insaniah
satu tempat yang tak pernah wujud dalam mimpiku
akhirnya aku tekad dengan keputusanku
ilmu yang aku idamkan 10 tahun dulu...
alhamdulillah Allah izinkan

berbeza dengan sahabat2ku
sahabat2 aku ada yang diuji dengan "kehilangan"
ada yang kehilangan ayah sewaktu kecil
ada yang kehilangan ayah ketika peperiksaan berlangsung
ada juga yang kehilangan ibu
ada yang kehilangan anak, adik, kakak,abang
dan taklupa juga haiwan peliharaan

namun..aku???
setahu aku..tiada apa yang hilang
kalau ada pun..tidaklah sehebat apa yang sahabatku hilang

apakah jika aku diuji dengan satu kehilangan
yang aku terlalu inginkan setelah sekian lama
dengan penuh yakin dan harapan yang menggunung
akhirnya aku buat keputusan yang aku sendiri tak sangka
yang aku tahu
aku tak sanggup melihat air mata ibu menitis
walaupun dia bukan ibuku,
namun aku juga punyai naluri seorang ibu
aku dapat rasakan
jika aku bertegas dengan keputusanku
pasti ada air mata ibu yang mengalir

betulkah keputusan yang aku ambil ini???

YA ALLAH
sesungguhnya aku yakin
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya
sahabatku...
doakan aku
aku perlu kuat
segala yang aku lakukan
segalanya kusandarkan pada YANG ESA
permudahkan segala urusanku ya Allah

damaikan aku dengan segala ketentuanMU
hidup dan matiku hanyalah untukMU
cinta dan kasihku akan ku hamparkan hanya untukMU

jodoh

satu topik untuk sesiapa yang sudah sampai waktunya..
namun ingatlah satu perkara..kita hanya merancang,
namun Allah yang menentukan segalanya terlalu banyak kisah cinta di kaca television
ada yang baek ada yang kurang baek ada yang hampes pendek kata, macam2 ada..

hehe cinta yang sebenar apabila kita mencintai sesuatu hanya kerana Allah
mungkin aku bukan org yang layak untuk menulis tazkirah dalam topik ini
cukuplah sekadar aku menulis peringatan ini buat diriku sendiri namun,
jika ada kebaikannya, ambillah ia sebagai pengajaran
sesungguhnya apa yang baik itu semuanya datang dari Allah..

istikharah

bukan hanya jodoh sahaja kita perlu membuat istikharah
yang pasti, segala urusan yang kita hendak buat perlulah disertakan istikarah..
seterusnya, bertindak dengan akal yang dianugerahkan Allah..
namun perlu berhati2.. kerana dalam tempoh kita hendak bertindak,
hendaklah kita atasi bisikan2 yang tidak elok..

bisikan

ada 2 bisikan..

1-bisikan malaikat,

2-bisikan syaitan.. bisikan syaitan biasanya lebih disenangi kerana kebanyakannya membuka satu jalan yang mudah untuk kita buat keputusan

sebaliknya bisikan malaikat adalah sama dengan apa yang kita fikirkan pada awalnya namun bertukar menjadi satu keraguan untuk melaksanakan bisikan malaikat itu jadi, bertegaslah bahawa apa yang kita buat semata2 kerana Allah.

.namun, bukan semua manusia sempurna..maka, andai kita tersalah langkah...segeralah bertaubat.. sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun, Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

tawakkal

seterusnya..tawakkal (berserah segalanya pada Allah setelah berusaha)

tawakkal juga perlu difahami betul2
kadang2 org yang baik ada kalanya tersilap langkah.. hanya yang sedar akan segera bertaubat..
tapi, kan lebih baik cegah daripada berubat..so, untuk mencegah, kita hendaklah sentiasa saling ingat mengingati antara satu sama lain..kan..erm..

anis pernah ingatkan saya tentang tawakkal
kadang2 kita tak sedar pada siapa kita bertawakkal
contohnya, kita jenis insan yang dibri kelebihan memiliki ingatan yang kuat
maka kita ambil keputusan untuk mengahafal al-Quran
namun, adakah kita bertawakkal pada kuatnya ingatan itu utk pastikan kita berjaya
ataupun kita bertawakkal danbersyukur pada Allah yang mengizinkan kita memiliki nikat ingatan yang kuat???

fikir2kanlah...
moga kita semua sentiasa mendapat rahmat dan kasih sayang
yang penting setiap tindak tanduk kita sentiasa di bawah pengawasan Allah ;)

mata

dah lama aku idamkan sepasang mata yang cantik..
pelbagai tips yang dikumpulkan...
namun..walaupun ilmu2 yang diperolehi itu diamalkan
hakikatnya...mata yang cantik belum cukup bersinar
jika tidak menjaga pantang-larang Allah

tips2 mata cantik..
-time ambil wudhu', masukkan sikit (amat sedikit) air ke dalam mata (time basuh muka)
agar mata yang dicuci dengan air wudhu' itu sentiasa sihat dan segar
-sebeum/selepas subuh, pastikan ayat2 Allah tempat jatuhnya pandangan pertama kita
-segarkan mata dengan timun..hehe
-minum air pegaga...baik untuk otak..otak sihat, mata akan bersinar
-minum air kerot/makan kerot mentah/yg dimasak..baik utk kesihatan mata

*tips2 lain, kalau ada lagi sy akan tambah

pantang larang spy mata terus bersinar...
-yang paling penting..tundukkan pandangan..(bukan jalan sambil tunduk, tkut terlanggar tiang) hehe..
-jangan melihat berhala/ salib /yang seangkatan dengannya
-jangan melihat benda kotor
-jangan melihat aurat org


semoga Allah membantu kita dalam usaha menjaga mata ;)

Wednesday, February 3, 2010

cari hati

by www.darahmerdeka.wordpress.com

"carilah hatimu ketika membaca al-Quran, jika tidak bertemu, maka carilah hatimu ketika bersolat. jika tidak berjumpa juga, maka carilah hatimu ketika bertafakur mengingati mati. jika masih tidak bertemu, maka berdoalah kepada Allah, pintalah hati yang baru. kerana hakikatnya, pada ketika itu kamu tidak mampunyai hati.." (imam al-Ghazali)

maksiat

by fira thfz thn 3
3/2/10 11.20mlm (rabu)
bilik gerakan al-Raziy


"MAKSIAT DALAMAN DAN LUARAN"

maksiat dalaman-cth: riak, bongkak
maksiat luaran-cth:vandalisme dbs

.:maksiat dalaman yang mendorong maksiat luaran. ini kerana maksiat dalaman itu umpama akar.jika rosak akar, maka rosaklah yang lainnya..

*4 sifat maksiat:
-rububiyah=riak, takbur
-syaitaniyah=hasad dengki, zalim
-fahimiyah=curi
-sabui'yah=marah, gaduh, bunuh

*mgkn terdapat kesilapan ejaan..jika ada sesiapa yg arif tentang ini, mohon tinggalkan komen..syukran

antara kesan maksiat:
-ilmu susah nak masuk (ilmu itu nur..nur Allah hanya masuk ke dalam hati2 yang bersih shj)
-hidup tak berkat
-hati selalu tak tentu arah

kata2 ulama':
'umur kita dipegang Allah..kalau kita banyak buat maksiat..maknanya takda la keberkatan dalam hidup kita ni...'

selingan;
pesanan ringkas dari fira, katanya ustaz dia pernah berpesan..jika kita berdoa, biar la jelas.jgn ringkas sangat.
cth: 'ya Allah, panjangkan umurku..sambung sikit...untuk aku perbanyakkan amal ibadahku
cth: 'ya Allah, murahkan rezekiku..sambung sikit...semoga rezeki2 itu halal dan digunakan untuk aku infakkan sebahagiannya pada mereka yg memerlukan...mg aku tergolong dalam golongan hambaMu yang sentiasa bersyukur...'

wallahu a'lam

masjid

presented by imaniyah abdullah
thfz sem 2 2010
di masjid b4 halaqah

selasa 2/2/10 9.30pm

"adab2 di msjid"

-nak asuk masjid baca doa masuk masjid
begitu juga nak keluar masjid

doanya???
jangan bimbang..tatkala anda tiba di tangga masjid, dongaklah kepala..biasanya terdapat doa2 yang kita cari berkat hidayah Allah

-jangan bercakap perkara dunia di dalam masjid

-jangan buat bising kerana dosanya sebanyak bilangan bulu kucing di badan seekor makhluuk yang diberi nama kucing

-jangan lupa niat i'tikaf

-langkah masuk masjid kaki kanan, keluar kaki kiri

-biasakan melakukan perkara2 yang baik dengan "kanan"

-solat sunat tahaiyatul masjid setibanya di masjid

-sejurus melangkah ke dalam masjid, selawatlah ke atas junjungan nabi Muhammad sallallahu a'laihi wasallam

**sesiapa mencintai masjid, tandanya dia mencintai Allah
sesiapa yang mencintai al-Quran, tandanya dia mencintai Allah

imam hasan al-banna

by husna ITQAN

hehe..
t sy edit
sy masukkan tajuk dulu..
takut tertinggal

Tuesday, February 2, 2010

cinta Allah & Rasul

by brother Kamarudin b. Abdullah
dewan KUIN
1/2/10 (isnin mlm)

antara kata2 mutiara yg sempat diingat

"orang yang ilmunya dicabar adalah mereka yang memiliki ilmu yang anjal"

means = ayat lebih kurang macam di atas la...erm..maksudnya, sesiapa yang menuntut ilmu..kemudian Allah mengujinya dengan pelbagai ujian yang hebat..dan jika dia mengatasi segala ujian itu dengan berpandukan al-quran dan sunnah, maka dia mempunyai ilmu yang hebat dan mantap.


"kuasailah dunia dalam genggamanmu..pastikan di lubuk hatimu hanya Allah yg Esa"

means = jika kita benar2 mencintai Allah dan Rasul melebihi segala, kita akan melihat dunia ini hanya persinggahan ke alam yang kekal abadi..

persinggahan..perkataan yang simple..tapi hanya yang benar2 menghayati sahaj yang memahaminya...