*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Monday, December 7, 2009

jodoh


ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH.

Akhawatku,
Dewasa ini ramai muda mudi yang belum berpunya berasa rendah diri,stres dan gejolak rasa ingin memiliki membuatkan mereka berusaha memenangi hati dalam memiliki seseorang tanpa mengenal halal dan haram. Yang penting dapat. Apa yang dapat? KAHWIN? atau mengikut nafsu semata.
Akhawat,
maruah ialah kesanggupan untuk menjauhi yang haram dan dosa.
Akhawatku,Pilu hati ini melihat remaja yang merana kerana cinta. Pilu walaupun mereka yang merasai peritnya penangan cinta dusta, mereka masih tidak mampu mengarah diri mencari cinta hakiki. Tak serik-serik lagi diri diperhambakan untuk menagih cinta sementara hingga sanggup berkonflik dengan PENCIPTA CINTA. Semua batas-Nya diredah segala, tak kenal dosa dan pahala.
Akhawatku,
‘’Benar bahawa lelakilah yang memulakan langkah pertama dalam lorong dosa, tetapi bila engkau tidak setuju, lelaki itu tidak akan berani. Dan andai bukan lantaran lemah gemalaimu, lelaki tidak akan bertambah parah.’’Cinta sebelum berkahwin itu hanya menjerumus ke lembah dosa dan zina. Jika mampu bertahan kejinjang pelamin sekalipun, percayalah bahawa rumah tangga itu takkan berkat. Apa tidaknya, asasnya dibina daripada dosa dan maksiat. Mana mungkin dapat menegakkan tiang takwa yang utuh kecuali dengan taubat. Rumah tangga akan menjadi tawar dan hambar. Semuanya dah dirasa dan terbiasa, nak rasa nikmatnya apa lagi?? Anak-anaklah yang akan menjadi mangsa. Terimalah ia sebagai hukuman di dunia. Amat pedih. Namun, terlalu sedikit berbanding pedihnya hukuman abadi di negeri sana.
Akhawatku,
Kuhembus nasihat ini kepadamu tanda kasih dan sayangku kerana Allah. Bagi yang belum berpunya, andalah pilihan Allah untuk mekar terpelihara sehingga tiba pula giliran anda mendapat seruan. Yakinlah! Jangan risau jika masih belum berpunya kerena mungkin Allah ingin bagi ketenangan dulu buat anda, untuk terus melangkah menggapai cita-cita. Usah peningkan kepala. Dia menguji anda sedikit masa lagi
Begitu juga buat pemuda yang belum berpunya, “first thing first” Utamakan yang lebih penting daripada apa yang penting. Kenali priority anda sekarang. Jika memang dah sampai saat nak memiliki, tabahlah dan teruskan berusaha. Ingat, pastikan waktu nak berusaha tu anda memang dah betul-betul mampu dan bersedia.
Memiliki seorang isteri solehah ibarat memiliki dunia dan seisinya. Sudah tentu jalan untuk mendapatkan sesuatu yang istimewa amat berliku dan banyak cabaran. Jangan putus asa. Rasa mulia dengan usaha yang dicurahkan walaupun pinangan pernah di tolak, usah rasa malu dan terhina kerana Allah menilai setiap usaha selagi berjalan di landasan-Nya. Teruskan usaha. Ingat, usaha yang Allah redha sahaja. Bagaimana dengan sms siang malam? Atau bergayut di telefon memanjang? Atau ajak keluar, belanja makan? Begitukah?…
Berusahalah menyediakan diri dan pikatlah ibu bapanya terlebih dahulu. Itu tip memikat wanita beriman. Sebaik-baiknya gunakan orang perantaraan untuk lebih menjaga warak dan iman.Seringkali, seseorang mencari kekasih ibarat dia mendaki gunung yang tinggi. Pepohon berduri sanggup diredah, curam dan jurang sabar dirempuh. Namun apabila dia memilikinya, didapati insan yang dikejar itu dedaunan kering cuma. Begitulah perumpamaan sia-sianya usaha yang tak disalur dengan suluhan petunjuk al-Quran dan sunnah. Beringatlah, urusan jodoh tak ke mana. Sudah sedia tercatat seungkap nama di Loh Mahfuz untuk kita. Ianya urusan yang pasti. Apa yang tak pasti, sama ada kita mendapatkannya cara mulia atau sebaliknya. Waallahu’alam…
“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara, kerana kecantikannya, kekayaannya, keturunannya dan agamanya, pilihlah yang beragama nescaya kamu akan bahagia’’

petua menhhafal Al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.
"Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan: Rasullullah SAW telah bersabda, " The one who was devoted to the Qur'an will be told on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you used to recite when you were in the world. Your rank will be at the last Ayah you recite." [Abu Dawud and At-Tirmidhi].
Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang-orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al- Quran. Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah menghafalnya.
Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan bahawa rasullullah SAW bersabda, "Yang terbaik antara kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya" [Al-Bukhari].Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al- Quran.Pertama,Mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia. Imam Al-Shafie di dalam satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.
*Gurunya lalu menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-dosanya.
*Kedua,Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di atas. Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.
*Ketiga,Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran. Masa yang paling baik adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.
*Keempat,Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita menghafal. Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal (mind snapshot).
*Kelima,Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita. Ramai yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir (bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya).
*Keenam,Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.
*Ketujuh,Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam solat-solat sunat yang biasa kita lakukan. Selain itu,mintalah bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan hafalan ayat-ayat itu .
*Kelapan,Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di antara satu sama lain.
Sebagai ibu bapa pula, apa salahnya mewujudkan pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang berjaya menghafal dengan baik.
Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita menghafalnya. Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita masih belum terlambat sebenarnya, InsyaAllah. Walaupun kita tidak pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita mahu.
dipetik dari blog k.aiNy

Sunday, December 6, 2009

sunyi

"sesiapa yg mencintai ALLAH pasti semakin sunyi dengan manusia...di tengah keramaian dia rasa keseorangan...saat kesukaan, dia berduka..jika orang tertawa dia menangis...jasadnya dengan manusia, batinnya dengan ALLAH..ketenangan dan kebahagian adalah hembusan dari langit..diturunkan ke dalam lubuk hati orang yg beriman,merekatetap berhai teguh, dikala insan lain mengalami kegoncangan.." syed Qutb

tongkat

Kata2 Imam Syafie : Ketika ditanya :" Mengapa tuan sering memegang tongkat, padahal tuan bukan seorang yang lemah?" Ia menjawab :"Agar aku dapat mengingat bahawa aku akan berangkat dari dunia ini.“Demi Allah sesungguhnya aku amat sedih kerana terpaksa meluangkan sedikit waktu belajarku untuk makan dan minum. Sesungguhnya waktu dan masa itu amat mulia dan berharga.” --Muhammad bin Omar bin Hussein bin Ali... Allah berfirman yang bermaksud :- Mafhumnya "Jika engkau mensyukuri nikmat yang telah aku berikan kepadamu nescaya akan aku tambahkan nikmat kepadamu. Jika engkau mengkufuri nikmat yang aku berikan kepadamu nescaya azab aku itu amat pedih"

patah hati

Kadang2 Allah patahkan hati kita untuk selamatkan jiwa kita... DIA patahkan hati kita untuk membuatkan hati kita bersemangat... DIA memberi kita sakit supaya kita menjadi kuat... DIA memberi kita kegagalan untuk membuatkn kita rendah diri... DIA menghantar penyakit supaya kita boleh belajar menghargai segala nikmat yang diberi oleh-Nya......hayatilah pemberian dr ALLAH S.W.T..

kenali diri

Sesungguhnya Allah amat mencintai hambaNya yang beribadah dalam mengenal diriNya kerana dicipta makhluk untuk Dia dikenali dan ibadah padaNya. Alam dan diri pada alam kasar ini adalah limpahan apa yang terkandung dalam ilmuNya. Memandang wujud diri tanpa syuhud dan tenggelam dalam wujud Allah adalah pohon segala dosa, ia adalah syirik membawa kepada kesesatan. Ilmunya ahli sunnah wal jamaah tetapi dalam pengamalan batinnya adalah muktazilah dan qadiriah. Segala seruan ilmu dakwah dan kebaikannya tidak akan membawa manusia dan dirinya pada Allah melainkan terhenti pada dirinya... akulah yang 'alim... akulah yang pandai... aku kuat... aku berpangkat... aku berharta dan aku...aku...aku... Tiada tersyuhud segala kejadian dalam kehidupan kepada Allah kerana terdinding kegelapan

aib

Imam Syafiee bermadah :

1. Kita mengaibkan zaman kita sedangkan keaiban itu pada diri kita
2. tidak ada keaiban pada zaman kita kecuali keaiban itu adalah kita
3. kita mengutuk zaman kita YANG TIDAK BERDOSA
4. sekiranya zaman itu boleh berkata-kata nescaya ia telah mengutuk kita
5. tidak ada serigala yang memakan daging serigala
6. tetapi sebahagian daripada kita memakan sebahagian yang lain secara nyata.

mungkin cinta hanyalah cinta jangan disesali atau kau tangisi mungkin semua akan ada hikmahnya untuk dirimu.... mungkin nanti kan ada cinta yang lebih baik,lebih mencintaimu lepaskanlah segala sedihmu... seiring waktu yang akan slalu berganti seperti juga banyak manusia terlahir diantara berjuta cinta yang tercipta pasti ada cinta tulus untukmu...

Doa

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.

lima

lima perkara semua kita mahukannya dan kita usaha utk mendapatkannya

1:wajah yang cantik
2:duit yang banyak
3:kesihatan yang baik
4:anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita
5:tidur yang nenyak tanpa ganguan..

senang je untuk mendapatkannya hanya 15minit setiap hari.

kata nabi saw: “siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan,dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak.”

diet

Ustaz Abdullah Mahmood berkata: Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini?. Garenti takkan sakit perut ataupun keracunan makanan. Jangan makan SUSU + DAGING, Jangan makan DAGING + IKAN ,Jangan makan IKAN + SUSU, Jangan makan AYAM + SUSU , Jangan makan IKAN + TELUR , Jangan makan IKAN + DAUN SALAD , Jangan makan SUSU + CUKA , Jangan makan BUAH + SUSU , CTH :- KOKTEL -JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI. -TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI. -JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM.

makkk..

"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata jika kita mendengarnya......... Tapi kalau mak sudah tiada........... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT........ Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya.... berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya..... berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya..... berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya....... berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya.... berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..... dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

kuat iman

Orang muslim yang kuat imannya tidak mencintai sesuatu kecuali kerana Allah. Dan tidak pula membenci sesuatu, kecuali benci kerana Allah. Oleh kerana itu ia akan mencintai atau membenci sesuatu kalau Allah dan Rasul-Nya mencintai atau membencinya

tell her

Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata; cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, biar orang kenal...Dia orang ISLAM. Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..

kemuliaan

Di antara kemuliaan yang telah Allah swt kurniakan kepada ummat Muhammad saw, Allah swt telah memuliakan ummat ini dengan 5 kemuliaan:

1. Allah swt menjadikan mereka lemah, supaya tidak sombong.
2. Allah swt menjadikan mereka kecil-kecil supaya tidak memberatkan makan minum dan pekerjaan.
3. Allah swt menjadikan usia mereka pendek, supaya kurang dosa mereka.
4. Allah swt menjadikan mereka fakir dan miskin, supaya meringankan hisab mereka di Hari Akhirat.
5. Allah swt menjadikan mereka ummat terakhir, supaya tidak lama tinggal dalam kubur.

Rujukan: Kitab Tanbihul al Ghafilin ..