*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Thursday, March 4, 2010

rahsia Allah

sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan enam perkara dalam redhaNya...

*Allah سبحانه وتعالى telah manyembunyikan redhaNya dalam taat
*Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan murkanya dalam maksiat
*Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan namaNya yang agung dalam al-Quran
*Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan Lailatul Qadar dalam bulan Ramadhan
*Allah سبحانه وتعالى menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (fardhu)
*Allah سبحانه وتعالى sembunyikan (tarikh terjadinya) hari Qiamat di dalam semua hari


fikir-fikirkanlah...ada maksud tersembunyi di dalam ayat2 di atas...
hanya yang mencari akan jumpa...

al-Kauthar

surah al-Kauthar

-surah yang paling pendek dalam al-Quran
-hanya mengandungi 3 ayat
-diturunkan di Makkah
-ia bermaksud sungai di Syurga (Telaga al-Kauthar)
-kolamnya diperbuat dari batu permata nan indah dan cantik
-rasa airnya lebih manis daripada madu
-warnanya lebih putih dari susu
-baunya lebih wangi dari kasturi

"surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad Sallallahu a'laihi wasallam kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi baginda iaitu anak lelakinya, Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib."

pelbagai khasiat terkandung dalam surah ini dan boleh kita amalkan :

1-baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah makbulkan doa kita
2-jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, insyaAllah hilang dahaga
3-jika sering sakit mata seperti berair, gatal, atau bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata
4-jika rumah dipercayai tekena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah bagi ilham pada kita di mana letaknya sihir itu
5-jika membacanya 1000x insyaAllah rezeki kita akan bertambah
6-jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyu' ketika menunaikan solat
jika orang teraniaya dan terpenjara mambacanya sebanyak 71x, Allah akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi

7 sunnah

risalah yang dikeluarkan oleh biro disiplin dan kerohanian kolej al-Raziy

JAGA 7 SUNNAH RASULULLAH صلى الله عليه وسلم

"cerdasnya orang yang beriman adalah, dia mampu mengolah hidupnya yang sesaat,
untuk hidup yang panjang"

"mati bukanlah cerita akhir dalam hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketaqwaan"

2 kata2 di atas amat saya suka...kata2 ini kalau tak hayati pun dah menusuk kalbu..apatah lagi kalau menghayati..pasti timbul rasa cinta yang mendalam....tentunya kepada kekasih yang abadi.. Allah Maha Besar...takbir!!!

7 sunnah yang dimaksudkan ialah :

1- tahajjud
kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjud

2-membaca al-Quran sebelum terbit matahari
ini baru dikatakan cinta pandang pertama...
sesiapa cintakan al-Quran..maka dia cintakan Allah dan Rasul-Nya

3-jangan tinggalkan masjid (terutamanya Subuh dan Isya')
masjid merupakan pusat keberkahan.. tatkala mendengar azan,
segerakanlah ke masjid..kerana itu adalah panggilan Allah...

"Rasulullah bersabda..jika kamu tahu kelebihan solat Subuh dan Isya' di masjid, nescaya kamu akan berlumba2 untuk ke masjid sekalipun dalam keadaan merangkak"
(kalau ada tersilap tentang hadis ni tolong betulkan ye..syukran)

4-jaga solat dhuha
kunci rezeki terletak pada solat Dhuha

5-jaga sedekah setiap hari
Allah menyukai org yang bersedekah
dan malaikat Allah mendoakan orang yang bersedekah setiap hari

6-jaga wudhu' terus menerus
Allah menyayangi hambaNya yang sentiasa bewudhu'

kata Khalifah Ali bin Abu Talib,
"Orang yang selalu berwudhu' senantiasa ia akan merasa selalu solat walaupun ia sedang tidak solat dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah"

7-amalkan istighfar setiap saat
dengan istoghfar, segala masalah yang terjadi disebabkan dosa yang kita lakukan akan dipermudahkan dengan izin Allah


"sentiasalah bersyukur pada Allah...tidak terhitung nikmat yang Allah berikan pada kita"

bahaya

saya akan kongsi dengan anda tentang sebuah buku berjudul

"BAHAYA BODOH"

buku ini hasil penulisan Encik Abd Rahman Abd Majed
keluaran Darul Nu'man
cetakan pertama : 2007

mula2 saya tak faham sangat bila tengok cover. tapi alhamdulillah.
buku ini sedikit sebanyak membantu saya, naikkan semangat..dan
macam2 lagi..

yang pasti, alhamdulillah Allah izinkan saya miliki buku ini..
sebab, tatkala saya pegang buku ni, apa yang terlintas di fikiran
hanyalah "aku takmau jadi org bodoh"
so, kalau takmau, kenala buat something kan...
antaranya, beli dan baca buku ni sebagai makanan tambahan....

setelah saya betul2 mengkaji buku ini,
terlalu banyak tindakan yang tak sepatutnya kita buat...

kalau nak tau lebih lanjut, anda boleh dapatkan di mana2 kedai buku..
tapi saya beli dekat ct plaza..kat bawah tu

hak cipta terpelihara..so, nak cerita banyak2 pon tak boleh la
hehe..

tapi saya juz listkan isi kandungan supaya lebih nampak..

tanda2 bodoh:
-bangga diri
-gopoh
-salahkan org laen
-cepat marah
-godaan syaitan
-mengumpat
-hati yang berpenyakit
-tamak
-menyeksa diri
-malas beribadah

-tekanan mental
-hipokrit
-meremehkan dosa kecil
-takut tua
-membuang masa
-zalim
-bosan
-bohong
-curang

sesungguhnya huraian dalam buku ini amat menarik...

**semoga Allah merahmati dan memberkati setiap ilmu yang kita perolehi...
insyaAllah... ;)