*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Saturday, February 8, 2014

still waiting you

tadaa...hehe..english style pulak..
tapi yang ni banyak sangat idea..
macam2 rasa.
ermm rasa macam...
-nak cerita tentang kisah suami isteri yang dipilih/memilih berlandaskan 'agama'

...namun persoalannya, adakah salah seorang akan memilih jalan untuk berpisah andai agama itu hilang seperti kata2 yang pernah penulis baca 'andai hilang agama darimu, maka hilanglah cintaku padamu'..
kalau macam ni, tiba2 penulis rasa musykil, di mana letaknya konsep dakwah itu? adakah perlu dibiarkan pasangannya hanyut begitu sahaja atau ditarik kembali secara keras/perlahan, lembut/drastik...atau apa sahaja cara sekalipun..namun apa yang telah ditakdirkan Allah memang tidak mampu disangkal tatkala Allah berkata 'kun fayakun'....
...akan tetapi, bukankah semua yang berlaku itu sekadar ujian semata? penulis pernah terbaca beberapa kisah suami isteri yang diuji...apa yang penulis temui, jawapannya begini..'kami telah bersabar bertahun2 lamanya, kini alhamdulillah kami kembali bahagia malah semakin bahagia dan gembira'. jawapan itu turut ditambah 'andai kami memilih jalan lain, tidak mustahil kami akan diuji lagi, samada sedemikian rupa juga atau mungkin lebih teruk, andai kami tidak bersabar, nescaya natijahnya mungkin juga tetap sama.'..

sebenarnya, apa sahaja yang berlaku telah tertulis di dalam 'lauhul mahfuz' (mohon betulkan jika silap eja), setahu penulis, kita cuma diuji bagaimana untuk menghadapi situasi2 yang telah, sedang dan bakal kita tempuhi sahaja, seperti ujian melakonkan watak mengikut arahan dan situasi yang diberi, akhir sekali kita akan dinilai dari segi cara penampilan, sesuai atau tidak, gaya bahasa yang digunakan, betul atau tidak, bezanya...semua itu hanyalah lakonan, sedangkan hakikatnya kita telah, sedang dan akan menghadapi semua itu secara realiti samada sedar atau tidak. apakah kita sudah sedia?adakah semua strategi akan dilaksanakan seperti yang dirancang? apa perlu kita bertindak seperti salafussoleh terdahulu dan ulama' serta insan soleh zaman sekarang? persoalannya, adakah kita akan sentiasa 'kebal' menghadapi semua itu?

hurm..ayuh kita fikir2kan sejenak..sejak sekian lama penulis menulis dan saling bertukar nasihat, ada satu ayat yang masih menggetarkan jiwa di lubuk sanubari hati penulis, berbunyi 'kita akan diuji dengan apa yang kita perkatakan".. Allahurabbi.. adakala penulis mahu sahaja larikan diri dari terlibat dari semua ini kerana bimbang tidak mampu menempuh semua dugaan/ujian yang bakal ditempuh kerana penulis arif benar dengan diri yang serba kekurangan dari segala segi, namun kerana kasih dan cintakan kekasih Allah, Rasul junjungan kita yang mulia, penulis seolah2 tidak mampu melarikan diri, seolah2 telah terikat rapi dengan simpulan yang mustahil untuk dibuka..andai benar begitu, alhamdulillah..penulis amat bersyukur kerana terpilih/dipilih untuk berada di jalan-NYA. namun, penulis masih malu dan bimbang, apa yang penulis utarakan, hanyalah sekadar cebisan ilmu yang penulis dapat sepanjang penulis diberi keizinan meminjam tubuh/anggota yang ada, dan menghirup udara/oksigen untuk terus bernafas di bumi-NYA, 'Rasulullah juga pernah menasihatkan supaya kita berwaspada tatkala menyebut kita cinta dan kasih kepadanya'...ya Allah, mudah2an Kau lindungi kami dan pelihara setiap detik, setiap saat walau sebesar zarah sekalipun perkara2 yang kami lakukan, Kau bimbinglah kami, tariklah kami, paksalah kami, agar kami terus menerus mentaati-MU dalam setiap hela nafas yang kami hirup di bumi-MU ya ALLAH.... astaghfirullahaha'zim...ya Rabbi..ya Rabbana..

abes, apa kaitan dengan tajuk nie..hehe..
macam dah jauh beterbangan je..
macam zarah pulak..hehe
tapi, bila kita pusing2 balik, 
sebenarnya, Allah tak pernah pandang rendah pada kita..
sebab tu Allah sentiasa tunggu kita...
'stll waiting you'
'you' itu untuk sesiapa yang dirinya ingin dicintai, disayangi..yang paling penting dipandang Allah...
moga kita bertahan, berjuang, bertungkus lumus, bermati-matian menunggu, mencari, dan mengharap untuk berjumpa dengan-NYA...
moga mendapat izin-NYA..
insyaAllah....

-SESUNGGUHNYA ALLAH ITU MAHA ESA, 
TIADA TUHAN YANG LAYAK DISEMBAH MELAINKAN ALLAH'

Allahu A'lam

No comments: