*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Wednesday, March 12, 2014

sajak untuk suami

salah

salah
salahkah aku
aku yang bersalah
semuanya salah aku
salahkan aku untuk semuanya
aku bersalah hanya  kerana kamu
ya, memang aku bersalah hanya padamu

salah…
jawab salah
tak jawab salah
menjawab salah
salah jawab pun salah
semuanya aku jadi serba salah

salahkah aku…
jika setiap hari ku merinduimu
jika setiap hari ku menyintaimu
jika setiap hari ku menunggumu
jika setiap hari ku mengingatimu
jika setiap hari ku mendoakanmu
jika setiap hari ku menyayangimu
jika setiap hari ku melihat wajahmu
salahkah???

aku yang bersalah…
kerana selalu mencarimu
kerana selalu mimpikanmu
kerana selalu mengekorimu
kerana selalu senyum padamu
kerana selalu menyebut namamu
kerana selalu mengganggu dirimu
kerana tidak mampu melupakanmu

semuanya salah aku…
memang aku yang mula memaksamu
memang aku yang mula mengintaimu
memang aku yang mula menegurmu
memang aku yang mula mengenalimu
memang aku yang mula mencuit hatimu
memang aku yang mula mengenangmu
memang semuanya aku yang mula

salahkan aku untuk semuanya…
ya, aku sangat mengharap belaianmu
ya, aku sangat ingin menemanimu
ya, aku sangat ingin bersamamu
ya, aku sangat mencemburuimu
ya, aku sangat mengkagumimu
ya, aku sangat mengasihimu
ya, aku sangat menyukaimu

aku bersalah hanya kerana kamu…
ya, kamu yang sentiasa dihatiku
ya, kamu yang selalu membayangiku
ya, kamu yang selalu bertakhta hatiku
ya, kamu yang selalu muncul dalam mimpiku
ya,memang  kamu yang menjadi penyebab aku begini

ya, memang aku bersalah hanya padamu sayangku…
aku bersalah kerana terlanjur menyintaimu
memang aku bersalah kerana mencarimu
maafkan aku atas semua kesalahanku
serba salah bila menatap wajahmu
salah aku kerana mengenalimu
biarkan aku terus bersalah
untuk  menyintaimu
selamanya…

-uzma.mq-



p/s: adalah tidak menjadi kesalahan untuk setiap ayat yang tertulis  di atas
namun jangan sampai melebihi kasih kita pada yang MAHA PENGASIH
nukilan ini hanya direka khas untuk suamiku
bagi pencinta sajak yang sporting
anda diberi keizinan bersajak 
hanya untuk yang halal
moga kekal hingga 
di syurga sana
insyaAllah
amiin.

No comments: