*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Wednesday, June 2, 2010

ragam

abang...
terlalu banyak pengalaman
dugaan hidup yang dilalui
telah menceritakan padanya
umpama ahli nujum
yang serba serbi tahu
tapi sekadar merendah diri
apa yang berlaku
segalanya diterima dengan redha
adik2 selalu diusik
tapi sekadar usikan kasih
kasihnya seorang abang
yang mengerti erti sebuah kehidupan
adakalanya apa yang diingini
walaupun tidak dipenuhi
muka slumbernye yg poyo itu
tetap dapat dibaca oleh sebuah hati
hati yang penuh kasih dan sayang
hati seorang ibu yang tabah
mendidik anak2 mengenal cintaNYA


kakak...
puteri yang sekian lama dinanti
ditatang umpamaminya minyak yg penuh
tidak cukup dengan kasih raja dan permaisuri
ditambah pula kasih seorang putera mahkota
putera yang bahagia dengan kehadiran
adindanya puteri cahayamata kecemerlangan
puteri yang seringkali berbalah dengan kekanda putera
namun puteri ini sedikit berbeza
punya ciri luarbiasa
punya hati yang besar
ilmu yang dikejar umpama gajah memijak semut
nampak seperti mudah
tapi hanya dia yang memahami
kerna tekad dan bulatnya azam
dengan hati yang cekal
tetap bersungguh mengejar cita2
sesuai dengan namanya
puteri cahaya kejayaan


adik...
adik hanya pada nama
namun perwatakannya bak seorang kakak
mengalah jika berlaku sebarang permasalahan
walau hati tercalit luka
pasrah jua hati yang bergelora
adik yang dikenali dengan kemanjaannya
tersingkap sejuta rahsia
yang hanya dikongsi bersama rakan
dengan harapan jika air berkocak
lenyaplah segala duka
hati yang merindukan kebahagiaan
tega mengorbankan diri
demi melihat senyuman mesra
dari bibir2 yang ada disisinya
itulah adik manja
hanya pada mata kasar
bagi adik
pengorbanan yang tidak seberapa
tidak layak diungkit
jika nak dibandingkan kekasih hatinya
pengorbanan seorang ibu
justeru
segala kata diturut
bersulamkan ketaatan
walau keinginan dipendam
mengerti segala cerita
sengaja dibiarkan penuh persoalan
seringkali tindakan disusuli amarah
dia tetap tabah
atas sebuah keyakinan
dihujungnya pasti membuahkan kejayaan
bertatahkan sebuah kebahagiaan yang hakiki
itulah realiti seorang adik
kehadirannya sama sahaja ada atau tidak
ada disayangi
tiada dirindui
oleh semua yang mengerti
harga sebuah keluarga bahagia

والله أعلم


"ini bukanlah tentang aku..
kelihatannya saja begitu..."

.::WO AI NI ALLAH::.

No comments: