*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Wednesday, June 2, 2010

kasih

kasih sayang Allah

macam mana kita nak kenal kasih sayang Allah?
boleh tak bg nasihat tentang kasih sayang Allah?



sahabat,
tidaklah ilmu itu datang dengan sendirinya
melainkan kita yang mengejarnya
ilmu yang ditulis ini adalah hasil nasihat
atau tazkirah dari sahabat saya
yang mengajar saya mendekati ILAHI
suka saya mengajak kalian
sama2 mengejar kasihnya
bertarung mengejar cinta Allah
umpama mencari sesuau yang teramat hebat
kasih Ilahi tiada tandingan...


1.>>>nak kenal kasih sayang Allah
tengok sekeliling
segala ciptaan Allah menunjukkan
betapa Dia menyayangi kita hambaNYA
tapi yang paling dekat
lihatlah pada diri kita sendiri
aqidah, hidayah dan macam2 lagi
yang kita dapat dan rasa
menunjukkan betapa hebatnya
kasih sayang yang dicurahkan
melebihi kasih sayang ibubapa kita sendiri
cuma kita manusia sahaja
selalu tersalah sangka dengan pencipta kita

by Izzati UM



2.>>>sekadar perkongsian,
dari kecik sampai besaq
terlalu banyak nikmat yg Allah bagi
hanya beberapa kali diuji
kita sudah berputus asa untuk berdoa
dan menangis memohon padaNYA
kita insan lemah
khusyuk kita wujud pada waktu susahnya diuji
moga segala susah ditimpa
kita mampu tempuhinya

by Izzati UIA



3.>>>Allah mewahyukan kepada salah seorang nabinya
"AKU menurunkan cubaan kepada hambaKU,
lalu dia berdoa kepadaKU,
tetapi AKU menangguhkan doanya,
maka lalu dia mengeluh kepadaKU,
maka lalu AKU bertanya,
"wahai hambaKU, bagaimana AKU bisa dalam kasih sayangKU
menyembunyikan sesuatu darimu, dengannya AKU menunjukkan
kasih sayangKU?"

*ayat ini masih dalam kajian pembuktian kesahihannya,
iaitu sumber hadis/ayat al-Quran yang tepat. sesiapa yang
tahu mohon untuk kongsi maklumat, mohon tinggalkan komen di cbox.
syukran...

by hanisah KUIM

No comments: