*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Tuesday, August 12, 2014

rezeki di mana-mana

alhamdulillah..

jangan dilupa ucapkan 'alhamdulillah' dalam setiap perkara yang dihadapi..

saya ingin berkongsi satu perkara ringkas yang saya kira boleh dijadikan peringatan buat kita semua...
saya ada terbaca satu post di facebook berkaitan cara-cara merawat pesakit strok/tarik secara spontan/kecemasan... antaranya ialah mengeluarkan darah melalui hujung jari/cuping telinga pesakit (mengikut jenis masalah pesakit) menggunakan jarum yang telah dipanaskan untuk mengelakkan pembuluh darah pesakit pecah..

tidakkah kita terfkir, pernah satu ketika dulu jari kita terluka akibat pisau yang tajam/ jari tercucuk jarum/ kaki digigit lintah dan termasuk juga kena tarik telinga/ dijentik telinga... adapun begitu, paling menjadi kebiasaan adalah kena cubit..

haha..cerr review balik kenangan2 dulu.. ada tak yang lepas 'kena' ja musibah seperti di atas, terus senyum lantas mengucapkan 'alhamdulillah'? haa...biasanya apa yang berlaku, pasti perkataan2 yang tidak enak yang akan terlintas di fikiran/ terdetik di hati... biasalah.. cuma, bila kita selalu dengar tazkirah/ceramah agama/baca buku2 agama, biasanya tindakan kita akan berbeda dengan tindakan insan lain, KERANA ADA ILMU TERSIRAT yang kita perolehi melalui taman2 syurga/sumber2 ilmiah yang kita ikuti/baca...

contohnya,kita lantas bersyukur tatkala ditimpa musibah kerana Allah nak ingatkan kita cepat2..so, bila sesuatu berlaku pada kita, kita mesti cepat2 ingat Allah, then, fikir balik apa yang kita dah buat pada hari tersebut...

ada kalanya Allah nak hapuskan dosa kita serta merta (by cash)
ada juga sebab Allah nak tambahkan pahala atas kebaikan yang kita buat pada hari tersebut
mungkin juga Allah nak bergurau/mengetest kita pada hari tersebut

fikir2kanlah...kita ni termasuk dalam kategori yang mana...



*dulu sy pernah dengar cerita tentang seorang hamba Allah yang tak pernah tinggal mathurat setiap hari, tiba2 satu hari dia eksiden, dia pun berfikir/bermuhasabah kenapa terjadi begitu kerana itu pertama kali dia eksiden, tiba2 terlintas di fikirannya yang dia terlupa membace mathurat pada hari tersebut..demikianlah kisah orang soleh...kita ni walaupun tak sesoleh dia, pastinya ada perkara yang kita buat/amalkan hari2 telah BERJAYA MENARIK PERHATIAN ALLAH tanpa kita sedari..bukankah Allah pernah berkata, walau kebaikan itu sebesar zarah/biju sawi, ia tetap dikira, dan SEBAIK-BAIK AMALAN adalah YANG ISTIQAMAH...so, tak semestinya perkara tu yang famous dan org selalu buat macam baca mathurat kerr, baca Quran kerr (coz tak semua pandai baca Quran) atau aperr2 yang seangkatan dengannya...TAPI jangan kita lupa, kalau dah menjadi amalan kita NAK MAKAN BACA BISMILLAH, NAK MASUK TOILET MESTI LANGKAH KAKI KIRI, NAK MAKAN/MINUM MESTI KENA DUDUK, haaa, yang ni tak femes sangat kan? tapi ada sesetengah hamba Allah menjadikan perkara2 remeh ini amalan wajib dan bila tak buat seperti kebiasaan, akan terasa resah dan gelisahlah mereka..pastinya ALLAH MENJAGA PERKARA2 BESAR UNTUK MEREKA...

renung2kan bingkisan ini...

KESIMPULANNYA...walaupun apa sahaja yang berlaku, kadangkala kita akan terasa kekurangan sesuatu, bahkan tidak sekali2 kerana Allah telah menjamin rezeki setiap anak adam itu... Allahu 'Alam
TAKBIR! ALLAHU AKBAR!

No comments: