suka lena dan suka menyembang
gaya hidup kini dah berubah
puteri-puteri terasuh mindanya
lahir generasi bijak pandai
pakar IT pakar ekonomi
jaguh sukan dan juga mengapai
berfikiran rasional dan terbuka
megah menghampiri cita-cita
alam siber teknologi terkini
kajayaan semakin hampiri
biar di maahad atau di luar
kita semua pasti merasa bangga
keranamu kami mendakap tuah
keranamu jasa kami taburkan
keranamu rela kami berjihad
demi Aspufaza kita bersama
-mariah.3scorpion-
kenangan bersama ukhwah terbina
ukhwah fillah, jihad fisabilillah
minggu orientasi Aspufaza
semua orang dok kalut belaka
barang amanah kami tak lupa
buat bekalan minggu mahabbah
ooo kumpulan scorpion3x
zero defect
skop3x scorpion
Sister in Society
tema: biah solehah asas kekuatan ummah
moto : penghuni bergabung, guru dikepung
ilmu diusung, ijazah digulung
nama disanjung, Aspufaza terulung
*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................
Sunday, March 23, 2014
Wednesday, March 12, 2014
sajak untuk suami
salah
salah
salahkah
aku
aku
yang bersalah
semuanya
salah aku
salahkan
aku untuk semuanya
aku
bersalah hanya kerana kamu
ya,
memang aku bersalah hanya padamu
salah…
jawab
salah
tak
jawab salah
menjawab
salah
salah
jawab pun salah
semuanya
aku jadi serba salah
salahkah
aku…
jika
setiap hari ku merinduimu
jika
setiap hari ku menyintaimu
jika
setiap hari ku menunggumu
jika
setiap hari ku mengingatimu
jika
setiap hari ku mendoakanmu
jika
setiap hari ku menyayangimu
jika
setiap hari ku melihat wajahmu
salahkah???
aku
yang bersalah…
kerana
selalu mencarimu
kerana
selalu mimpikanmu
kerana
selalu mengekorimu
kerana
selalu senyum padamu
kerana
selalu menyebut namamu
kerana
selalu mengganggu dirimu
kerana
tidak mampu melupakanmu
semuanya
salah aku…
memang
aku yang mula memaksamu
memang
aku yang mula mengintaimu
memang
aku yang mula menegurmu
memang
aku yang mula mengenalimu
memang
aku yang mula mencuit hatimu
memang
aku yang mula mengenangmu
memang
semuanya aku yang mula
salahkan
aku untuk semuanya…
ya,
aku sangat mengharap belaianmu
ya,
aku sangat ingin menemanimu
ya,
aku sangat ingin bersamamu
ya,
aku sangat mencemburuimu
ya,
aku sangat mengkagumimu
ya,
aku sangat mengasihimu
ya,
aku sangat menyukaimu
aku
bersalah hanya kerana kamu…
ya,
kamu yang sentiasa dihatiku
ya,
kamu yang selalu membayangiku
ya,
kamu yang selalu bertakhta hatiku
ya,
kamu yang selalu muncul dalam mimpiku
ya,memang
kamu yang menjadi penyebab aku begini
ya,
memang aku bersalah hanya padamu sayangku…
aku
bersalah kerana terlanjur menyintaimu
memang
aku bersalah kerana mencarimu
maafkan
aku atas semua kesalahanku
serba
salah bila menatap wajahmu
salah
aku kerana mengenalimu
biarkan
aku terus bersalah
untuk
menyintaimu
selamanya…
-uzma.mq-
p/s: adalah tidak menjadi kesalahan untuk setiap ayat yang tertulis di atas
namun jangan sampai melebihi kasih kita pada yang MAHA PENGASIH
nukilan ini hanya direka khas untuk suamiku
bagi pencinta sajak yang sporting
anda diberi keizinan bersajak
hanya untuk yang halal
moga kekal hingga
di syurga sana
insyaAllah
amiin.
Subscribe to:
Posts (Atom)