*********aHLaN wAsAhLaN yA RaMadHaN*********
..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

Sunday, January 24, 2010

air mata ibu

tazkirah oleh kak marini - pljr ijazah tahfiz Quran 0910
masjid sultanah bahiyah
24/01/10 10.25pm

"air mata ibu boleh menjadi pemadam api neraka
air mata ibu juga boleh menjadi minyak yang menyimbah api neraka"

sahabat..ibu adalah segalanya buat kita. ridha Allah terletak pada keredhan ibu bapa. Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam juga pernah memberitahu sahabat sebanyak tiga kali berturut-turut bahawa kita perlu taat kepada ibu. kemudian yang kali ke empat barulah Rasulullah menyebut bapa.

pesanan...
kita perlu sentiasa rendahkan segala ego yang ada jika berlaku rasa tidak puas hati mungkin terhadap layanan ibu terhadap kita dan kakak2 atau abang2 atau adik2 kita. hakikatnya, walau sebenci manapun seorang ibu itu terhadap anaknya, jika anaknya masih hidup dan diizinkan Allah untuk melalui alam persekolahan, alam universiti, sedarlah... sebenarnya dia teramat menyayangi kita. tidak mungkin kita dapat melakukan segala2nya untuk hidup berdikari tanpa bantuan dari insan yang amat menyayangi kita...

fikirkanlah sahabat...

jika benar kita ingin melakukan perubahan, ayuhlah...
belajarlah untuk salam dan cium tangan ibu dan ayah
ciumlah pipinya semasa hayatnya..
jangan tunggu untuk kau cium dahinya tatkala dirinya terbujur kaku..
kerna saat itu tiada gunanya...
sentiasa bermanis muka dengan mereka dalam apa jua keadaan sekalipun..
sentiasa ucapkan terima kasih atas segala pengorbanannya..
mohonlah kemaafan dari mereka dengan kadar segera..
akhir sekali..tatkala kau ingin melangkah keluar untuk berjihad,
pohonlah restu dan doa..
Allah tidak pernah memungkiri janjinya...
"sesungguhnya doa ayah dan ibu adalah doa yang paling mustajab"

wallahua'lam

No comments: