

Friday, October 29, 2010
Taqwa
Mengikut Imam al-Ghazali rahimahullah, kalimah taqwa yang terdapat di dalam al-Quran al-Karim membawa tiga makna: .
~ Pertama, bermakna takut, gerun atau ngeri (haybah). Antara firman Allah Taala yang tersisip kalimah takwa yang membawa makna tersebut ialah: Dan bertakwalah (takutilah) suatu hari yang kamu akan dikembalikan kepada Allah. (2 : 281)
~ Kedua, bermakna taat. Contohnya seperti yang terdapat dalam firman Allah yang maksudnya: Hai sekalian orang yang beriman, bertakwalah (taatlah) kepada Allah dengan sebanr-benar takwa (taat). (3 : 102)
~ Ketiga, mengandungi maksud, menyucikan hati daripada dosa. Contohnya dalam firman Allah yang mafhumnya: Dan sesiapa taat kepada Allah dan Rasul-Nya, takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya, maka mereka itulah orang-orang yang beroleh kemenangan. (24 : 52)
Kalimah "bertakwa" dalam ayat terakhir di atas bukan lagi bermakna taat atau takut, kerana kalimah-kalimah "taat" dan "takut" telah disebutkan sebelumnya. dalam ayat di atas. Jadi "bertakwa" dalam ayat di atas bermaksud, menyucikan hati daripada dosa. Makna yang ketiga inilah merupakan takrif kepada istilah takwa. Mengikut para ulamak: "Takwa itu ialah menyucuikan hati daripada dosa, sehingga menguatkan azam untuk meninggalkan dosa dan seterusnya memelihara diri daripada segala maksiat".
Imam al-Ghazali membuat kesimpulan : Bahawa takwa itu ialah menjauhkan setiap apa yang ditakuti akan membawa mudharat kepada agama. Bandingannya ialah berpantang bagi orang yang mengidapi penyakit. Adapun berpantang daripada melakukan perkara-perkara yang membawa kerosakan kepada agama pula ialah "bertakwa".
"Taqwa ialah ketundukan dan ketaatan terhadap perintah Allah dan menjauhi segala apa yang ditegahNya."
*
Di petik dari : http://www.geocities.com/Heartland/Ranch/6736/taqwa.html
Muslimah Best!
Beruntungnya menjadi wanita Islam!
by Ustaz Zahazan Mohamed on Wednesday, October 27, 2010 at 3:31pm
ISLAM MENGANGKAT DARJAT WANITA
Mengutamakan ibu ke atas bapa.
Seorang lelaki datang kepada Rasulullah s.a.w. lalu berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak untuk aku hormati?”
Baginda menjawab, “Ibumu!”
Lelaki itu terus bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Lelaki itu bertanya lagi, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Ibumu!” Sekali lagi lelaki itu bertanya, “Kemudian siapa?” Nabi s.a.w. menjawab, “Bapamu!” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Anak perempuan menjadi penyelamat di akhirat.
“Barang siapa yang menanggung dua anak perempuan, lalu berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi tirai pencegah baginya dari api neraka.” (Riwayat Bukhari) Begitu juga bagi mereka yang mempunyai satu atau lebih anak perempuan.
Wanita bukan hamba lelaki tetapi setaraf dari segi nilai kemanusiaan bagaikan adik beradik.
“Sebenarnya wanita itu adalah saudara kandung lelaki.” (Riwayat Abu Daud)
Amal soleh wanita diiktiraf oleh Allah sebagaimana amal soleh lelaki diiktiraf.
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki mahupun perempuan dalam keadaan beriman, maka mereka itu akan masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikit pun.” (Surah al-Nisa’: 124)
Hak wanita diiktiraf.
Umar al-Khattab r.a. berkata, “Pada zaman jahiliah kami tidak menghargai wanita walau sedikitpun. Tetapi tatkala Islam datang dan Allah menyebut-nyebut tentang mereka, barulah kami sedar bahawa mereka mempunyai hak ke atas kami.”
sumber: Solusi25, mukasurat 70 dalam ruangan Info
Wednesday, October 27, 2010
Tuesday, October 26, 2010
penceramah

April 2007, Precint 9, Putrajaya http://www.mediafire.com/?lebgez91zy3
002. Rasulullah Pakar Ekonomi
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang http://www.mediafire.com/?em4414mmyxm
003. Penjelasan FOREX
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang http://www.mediafire.com/?z4tulsxagzz
004. Soal Jawab Pelbagai
6/4/2007, Rumah Ustaz Mashadi, Serdang http://www.mediafire.com/?hxm8ax4jvjz
005. Pelaburan Internet
10/4/2007, Surau Damai, Jalan 2, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?1gegdvmwd99
006. Halal & Haram (Aurat)
20/4/2007, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara http://www.mediafire.com/?oldmjiigggm
007. Usul Fiqh (Isu Semasa)
1/5/2007, USJ12 http://www.mediafire.com/?jryimbttxzm
008. Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?ipsovmte1jm
009. Soal Jawab Kuliah Isu Semasa
2/5/2007, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?zep40gqowzi
010. Muamalah & Isu Semasa
3/5/2007, Surau At-Taqwa, Seksyen 7, Shah Alam http://www.mediafire.com/?mmgjylmkgst
011. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/5/2007, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b
012. Halal & Haram (Bab Nafsu)
25/5/2007, Masjid Saidina Umar, Damansara http://www.mediafire.com/?stl3ydgmrh9
013. Pelaburan Haram (Riba)
26/5/2007, Surau Telok Menegon, Klang http://www.mediafire.com/?9xavqdd1vy9
014. Halal & Haram Pelaburan Saham
9/6/2007, Surau Al-Firdaus, Bandar Sri Permaisuri http://www.mediafire.com/?imuqfmmnbt5
015. Hak Sesama Manusia
24/6/2007, Masjid Al-Mujahidin, Damansara Utama http://www.mediafire.com/?bmlmzn3n9tz
016. Mencari Pendapatan Halal
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?s1n4tx1sezq
017. Kaedah & Hukum Jual Beli
29/6/2007, Surau An Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?oj8bmevvbny
018. Halal & Haram (Syubhah)
20/7/2007, Surau Al Furqan, Bandar Baru Selayang http://www.mediafire.com/?0zjvyxugn1l
019. Usul Fiqh (Mazhab Sahabat)
30/7/2007, Surau Al Muttaqun, USJ12 http://www.mediafire.com/?gfl1mmzw2v3
020. Israk Miraj
2007, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) http://www.mediafire.com/?4xinhilmnms
021. Ceramah Muamalat (Mudharabah & Musyarakah)
18/12/2007, Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?tyngdsn9syn
022. Pembentangan Kertas Kerja Muamalah
29/12/2007, Multaqa Ulama Muda, Darul Fuqaha http://www.mediafire.com/?y9bc41bg4cm
023. Pengajaran Hijrah
11/1/2008, Masjid Saidina Umar, Bukit Damansara http://www.mediafire.com/?cmhclai1otg
024. Pendapatan & Ekonomi Islam
12/1/2008, Bangunan MAS, KLIA, Sepang http://www.mediafire.com/?9nvcmvxn14v
025. Ceramah Muamalat (FOREX & Leverage)
13/1/2008, Surau Mustaqimah, Cheras http://www.mediafire.com/?2iz2dddjbm4
026. Halal & Haram (Hubungan Sesama Islam)
20/1/2008, Masjid Tabung Haji, Kelana Jaya http://www.mediafire.com/?nrx2mewht9b
027. Ceramah Kewangan Islam (Riba, Takaful, Bank Islam, Hedging)
24/1/2008, Fakulti Ekonomi, UKM http://www.mediafire.com/?yuqyx5j9ucm
028. Forum Ad-Deen (Zakat Jana Ummah Cemerlang)
2/2/2008, Masjid Puchong http://www.mediafire.com/?swtuhphbxm9
029. Pembiayaan Rumah Cara Islam Bai Bithaman Ajil (Komen ASB bersama Dr Haron Din)
19/2/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?tntzxwoww2j
030. Hubungan Perkahwinan
22/2/2008, Masjid Saidina Umar, Damansara Heights http://www.mediafire.com/?2lbmth3ud0n
031. Rasuah Konteks Semasa
18/3/2008, Surau An-Nur, Bandar Baru Bangi http://www.mediafire.com/?tujyhmdjmew
032. Maulidur Rasul
21/3/2008, Surau Mawaddah, Seksyen 7, Shah Alam http://www.mediafire.com/?03ojgtagmy1
033. Ceramah Khas Maulidur Rasul
22/3/2008, Dataran Perumahan Daisy, Taman Subang Perdana http://www.mediafire.com/?kiwinzmwm4e
bahana nafsu!!! part 2
Ketagihan Nafsu 'Gelap' : Bagaimana Tanganinya?

- · Zuriat dan keluarga zina
- · Gadis Hampir terlanjur
- · Lelaki telah terlanjur
- Mengukuhkan azam untuk berubah. Ia sukar untuk diajar melalui tulisan, tetapi kesedaran dan keinginan inilah yang perlu, untuk bertindak.
- Mengenal pasti sumber dan punca yang boleh membiakkan kekeuatannya lalu dengan segera dipotong dan dihapuskan.
- Mengenalpasti cara, suasana, tempat dan individu yang dapat menarik kita kepada kelupaan syahwat. Setelah itu, usaha untuk mewujudkan suasana, tempat cara itu, usaha pula untuk berdamping dengan idnvidiu itu.
- azab api neraka,
- azab kubur,
- mati buruk (suul khatimah) dalam kemaksiatan
- kejauhan dari rahmat Allah swt serta
- tiada peruntukan Syafaat baginda nabi s.a.w
- dan lain-lainnya.
- penceraian akan berlaku akibatnya,
- pasangan zina mengandung,
- bunuh anak luar nikah akhirnya mungkin berlaku akibat malu,
- mungkin penceraian akan berlaku akibat darinya,
- apa akan jadi kepada anak-anak ?,
- kejian masyarakat,
- ditangkap basah dan diumum di media,
- adik beradik mengeji,
- akan dijangkiti HIV dan seterusnya AIDS & mati,
- dibuang kerja kerana imej buruk kepada syarikat
- dan banyak lagi boleh disenaraikan.
- Fikirkan target kehidupan dan usahalah melaksanakannya, pinggirkan pemikiran berkenaan seks dan syahwat, sedaya mungkin. Sibukkan diri mencapai target tersebut.
- Datangkan keyakinan Allah maha melihat apa yang dilakukan di ketika ramai dan sendirian ,Allah swt sedang melihat apa yang sedang kita lakukan.
- Sedarkan diri malaikat turut sentiasa bersama kita mencatat apa yang ditulis, diucap dan dilakukan.
- Rapatkan hubungan dengan ahli keluarga yang baik dan soleh.
- Putuskan hubungan ‘songsang' dan ‘gelap' sama ada yang dibuat secara suka-suka atau serius, yang diperolehi melalui internet atau fizikal, melalui laman chat, email, web dan sebagainya. Putuskan semua medium yang boleh mendorong kepada peningkatan syahwat. Jika berseorangan di hadapan komputer itu boleh menyebabkan pemikiran syahwat naik, maka elakkan diri berseroangan di hadapan komputer. Jika berbual mesra dan makan tengahari bersama dengan rakan sekerja lain jantina itu puncanya, elakkan diri darinya dan makan sendirian bersama yang sama jantina sahaja. Begitulah seterusnya.
- Putuskan hubungan adik, kakak dan abang angkat berlainan jantina kerana ia tidak lain kecuali haram dan pendorong maksiat.
- Ubah rutin kehidupan yang mendorong kepada peningkatan syahwat, semua orang tahu dan sedar apa jenis tindakan yang boleh mendorong syahwatnya, ia mungkin tidak sama antara satu sama lain.
- Hadiri majlis ilmu dan sibukkan diri membuat target baru seperti membuat blog dan update, menulis buku dan majalah, menghasilkan karya seni lukisan dan sebagainya. Buat satu target lain dalam hidup yang boleh menyibukkan diri anda untuk mencapainya. Tanpa target dalam kehidupan, keinginan syahwat akan membiak dan berkembang akibat waktu kosong.
- Sertai kumpulan bersifat keagamaan yang boleh membawa kepada ingatan kepada Allah, tapi awas elakkan kumpulan songsang dan ajaran sesat.
- Sertai kumpulan NGO atau kumpulan berasaskan dakwah dan kegamaan, dengannya membuka ruang mendapat rakan dan sahabat yang baik, selain itu masa kosong dan pemikiran syahwat akan dapat dibendung hasil kesibukan menganjur program dalam kumpulan terbabit. Sekarng, mulakan usaha mencari kumpulan-kumpulan sebegini, sebagai contoh JIM, TABLIGH, ABIM, GAMIS, Persatuan Peguam Syarie, Persatuan Pengguna Islam, Yayasan AMAL, NISA , KARISMA dan sebagainya. Diharapkan dengannya waktu akan lebih terisi dengan program yang baik.
- Kalau anda sedang bekerja atau belajar, target untuk cemerlang dalam pelajaran dan kerja anda, dengan itu anda akan lebih sibuk dari biasa dan pemikiran akan lebih terarah kepada tujuan yang digariskan, dengan itu, pemikiran kepada syahwat akan mula menurun atau ruangannya disempitkan
- Ziarahi kubur secara kerap agar syahwat menjadi tawar akibat pemikiran kepada kematian.
- Fikirkan bahawa anda akan mati ketika sedang melakukan maksiat itu, adakah redha untuk menerima kematian dalam situasi itu?. Fikirkan selalu.
- Kalau sedang anda bersyahwat kepada seorang wanita sama ada di kaca internet, tv atau fizikal, segeralah berfikir tentang yang hodoh tentangnya agar syahwat menjadi menurun, seperti fikirkan mulut dan nafasnya berbau busuk, giginya kotor, muntahnya busuk, ada penyakit keputihan dan lendir, najis tidak dibasuh bersih, ada AIDS dan banyak lagi. Lawan nafsu yang sedang meningkat dengan mereka cipta perkara yang bertentangan dengan keseronokan nafsu. Ini diperlukan jika pemikiran terhadap alam ghaib dan akibat buruk gagal membendung perasaan.
- Kalau komputer dan internet kerap menjadi asbab peningkatan syahwat, perdengarkan bacaan Al-Quran setiap kali di hadapan komputer, InshaAllah dengannya rasa malu akan timbul, kalau tidak banyak, sedikit. Kalau syahwat masih menggila di hadapan komputer itu, segera berhenti dan keluarlah dari bilik dan melihat awan, langit, pokok dan laut dan ingtakan kebesaran Allah.
- Jangan sesekali membiarkan diri terus menerus dipukau nafsu dan syaitan, satu jurus langkah kepada maksiat adalah kunci untuk Syaitan menjerumuskan kepada maksiat yang lebih besar. Apa sahaja perbuatan yang mampu mendorong kepada kehampiran kepada maksiat yang lebih besar mesti disekat segera. Kerana itu Allah swt mengingatkan :-
- Menjaga pemakanan, pastikan makan makan yang halal dan bersih. Makanan haram mendorong kepada syahwat yang lebih liar.
- Memastikan harta yang perolehan adalah dari sumber halal. Sumber haram menambah perisa syahwat kepada yang lebih kuat dan dahsyat. IBarat mutasi virus yang lebih merbahaya kepada kesihatan.
- Amalkan puasa sunat, zikir secara berdisplin setiap kali (baca zikir mathurat contohnya) selepas solat dan doa sebanyak mungkin semasa sujud di dalam solat agar diberikan kekuatan untuk mengawal nafsu syahwat.
- Segara beristighfar dan bertaubat walau belum jatuh dalam maksiat yang berat.